Gaya Hidup

Volkswagen Lancar Kemudahan 3S Pertama di Taiping

Goh Brothers Motor Sdn Bhd telah melancarkan bilik pameran Volkswagen yang pertama di bandar Taiping. Terletak di Jalan Simpang, kemudahan 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) ini telah dirasmikan oleh Goh Kian Sin Pengerusi Eksekutif Goh Brothers Motor Sdn Bhd, dan Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller pada hari Jumaat lepas, 24 April 2015.

Majlis perasmian telah dihadiri oleh pelanggan, ahli-ahli media dan tetamu. Bercakap pada majlis pelancaran, Goh berkata, “Sejak perlantikan kami sebagai peniaga Volkswagen yang sah pada tahun 2007, Goh Brothers Motor kini beroperasi tujuh pengedar di Malaysia, yang terletak terutamanya di kawasan utara.

“Dan di semua cawangan kami, kami akan memberikan perkhidmatan pelanggan; semasa jualan dan selepas jualan; Kami akan pastikan juruteknik kami menghadiri latihan yang telah dijadualkan supaya mereka up-to-date dengan teknologi dan tahu bagaimana untuk memenuhi standard kejuruteraan German yang diperlukan oleh Volkswagen.

“Kami berharap dengan pembukaan cawangan ini berterusan untuk menyampaikan kepuasan pelanggan terjamin.

Semasa ucapan perasmian Keller berkata, “Kami yakin bahawa Goh Brothers Motor mampu memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sebelum dan selepas jualan. Sepanjang kerjasama selama lapan-tahun, Volkswagen dan Goh Brothers Motor akan terus berpegang kepada janji kami iaitu Sentiasa Berada Di Sisi Anda. Kami bekerjasama rapat demi memastikan kami dapat mendefinasikan semula pengalaman pemilikkan kenderaan Volkswagen buat para pelanggan kami di Malaysia.”

“Kerjasama yang kukuh akan terus meningkatkan kemampuan kita untuk lebih baik kepada pelanggan kami yang sedia ada, dan juga untuk menarik dan mendapatkan pemilik Volkswagen generasi baru.”

Bilik pameran dua tingkat seluas 1,342 meter persegi itu boleh memuatkan sebanyak tujuh buah kereta Volkswagen untuk dipamerkan, juga mempunyai lounge yang selesa dan disediakan enam ruang servis. Pusat 3S Taiping menjadi pengedar ketiga dalam senarai pengedaran baharu Volkswagen pada tahun 2015.

Bilik pameran lain yang turut diuruskan oleh Goh Brothers Motor Sdn Bhd terletak di Pulau Pinang (George dan Juru), Kedah (Kulim, Langkawi) dan Perak (Ipoh).

VW-Taiping1

Previous post

Sedikit Drift Salji Untuk HUJUNG MINGGU Anda

Next post

Mercedes-Benz Malaysia menjual 1,886 unit pada 1Q2015, 13 peratus berbanding 1Q2014

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *