Berita Auto

Previu Tambahan Porsche Boxster Spyder

Minggu lepas kita membuat spekulasi apa yang akan ada pada Porsche Boxster Spyder baharu (atau kurang, dari segi berat), dan kini maklumat reasmi dan gambar-gambar penuh model ini telah diberikan sebelum ditampilkan buat pertama kali diNew York Auto Show.  Porsche mengambil keputusan untuk kekalkan karektor bebas dari Spyder sebelumnya, yang telah pun mencapai status cult.

Boxster-1

Sebagai contoh, bumbung fabrik klasik masih dibuka dan ditutup dengan tangan, kereta kereta sport ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual.  Spyder baharu ini akan menerima suspensi sport yang kukuh dengan tinggi lower ride 20-mm, brek diambil dari 911 Carrera, stereng yang lebih langsung, dan enjin 3.8 liter enam-silinder dengan output 375 hp.

Boxster-4

Ianya hanya mengambil masa 4.5 saat untuk Boxster Spyder memecut dari 0 kepada 100km/sejam dan akan mencapai kelajuan tertinggi hingga 290 km/sejam.  Kombinasi penggunaan bahan bakar berjumlah 9.9 I/100km.  Semua ini tidak kurang hebatnya jika difikirkan.  Rekaan yang tersendiri Boxster Spyder termasuk gaya elemen dari kereta lumba Porsche yang menjadi lagenda.  Model baharu ini mempunyai  bonjolan yang kemas memanjang hingga ke bahagian belakang headrest yang menonjol sebagai menghormati model 1960an – 718 Spyder .

Operasi separuh manual bumbung ringan ini sesuai untuk pengunaan harian dan mengembalikan pengalaman pemanduan masa lalu, manakala sirip ekor yang memanjang ke belakang memberikan kenderaan ini menrcerminkan rekaan yang tersendiri.  Rekaan depan dan belakang model diambil dari Cayman GT4.

Boxster-2

Dari segi ruang dalam, kerusi pemandu dan penumpang nampak agak nipis untuk menjimatkan berat tetapi kerusi bucket masih mempunyai sokongan sisi yang agak luas.  Sejajar dengan rekaan tulen model ini, radio dan penghawa dingin tidak dimasukkan sebagai peralatan standard untuk mengurangkan berat.  Namun begitu, kedua-duanya boleh ditempah sebagai pilihan peralatan tanpa sebarang kos.  Sebagai tambahan, seluruh sistem audio Boxster boleh didapati untuk pilihan pelanggan yang mahukannya.

Sistem Pengurusan Komunikasi Porsche dengan kesemua ciri-ciri khasnya boleh juga ditempah sebagai peralatan pilihan, contohnya. Boxster Spyder akan dilancarkan di pasaran pada bulan Julai dan dijangka berharga sekitar 80,000 euro.

Boxster-3-600x450

 

Previous post

Model Lexus RX 7 Baru Akan DiPeralatkan

Next post

Model Baharu Mitsubishi Triton DiBuka Untuk Tempahan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *