Cerita Auto

Model Lexus RX 7 Baru Akan DiPeralatkan

Lexus telah mendedahkan RX serba baharu mereka di New York Auto Show 2015.

Model RX dengan ‘sheet metal’ serba baharu ini memberikan gambaran penyataan visual yang berkuasa pada sekali pandang.  Bahagian depan dan belakang yang sepenuhnya baharu diserlahkan dengan gril spindle kukuh, bumper depan yang lebih agresif, dan tiga lampu depan LED bentuk-L.  Dengan lampu kabus LED serba baharu dan LED daytime running lights, RX ini tampak lebih sofistikated dan maju.  Fender depan yang kukuh menambah citarasa sporti kenderaan itu.

RX-3

Roda aluminium 20 inci baharu dengan tayar yang besar memperbaiki kenderaan lebih kukuh dan seimbang.  Roda 20 inci ini juga boleh disesuaikan dengan warna badan kereta untuk menentukan keperibadian seseorang pemandu.

RX-4

Lampu belakang LED bentuk-L yang terletak sekitar sisi kenderaan, menghasilkan kehadiran yang lebar dan lebih berwibawa bila diterangi.  Integrasi paip ekzos berkembar telah ditambah pada model petrol untuk penampilan lebih premium.

Ruang kabin RX baharu ini tampak elegan, dengan hiasan berkualiti tinggi yang memberikan citarasa tenang dan tersendiri.  Paparan heads-up (HUD) diberikan yang memprojekkan informasi kenderaan berkaitan kepada cermin depan pemandu, manakala sudut paparan informasi, dipasang monitor 12.3 inci dengan peta skrin penuh dan terletak atas sususan pusat.

RX-5-600x400

Penumpang belakang diberi lebih ruang untuk kaki dan lutut.

Model ini menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 300 hp dengan direct injection, disesuaikan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan baharu.  Berdasarkan pada rangkaian kuasa diperbaharui ini adalah RX 450h’ Atkinson- cycle 3.5 liter V6.  Apabila digabungkan dengan motor elektrik generator, hasil kombinasi output adalah sekitar 300 hp.

RX-2

 

 

Previous post

Honda Civic Generasi Ke 10 Diperkenalkan

Next post

Previu Tambahan Porsche Boxster Spyder

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *