Berita Auto

Model Baharu Mitsubishi Triton DiBuka Untuk Tempahan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan melancarkan Mitsubishi Triton baru pada bulan Mei akan datang. Bersempena dengan ketibaan model baru, pihak Mitsubishi Motors di seluruh negara menerima tempahan pra-pelancaran dari pelanggan yang ingin menjadi antara pemilik pertama Triton baru di Malaysia.

mitsubishi-triton_3

Triton baru menetapkan piawaian baru dan mempunyai banyak ciri kelas pertama yang akan menggembirakan pelanggan. Anggaran harga pengenalan bermula daripada RM71,000 hingga RM114,000.

mitsubishi-triton_8

Triton baru diimport pasang siap, kenderaan dari hab pengeluaran serantau MMC untuk model di Thailand dan seperti sebelum ini, pelanggan akan dapat memilih daripada pilihan yang berlainan untuk disesuaikan dengan keperluan individu dan bajet.

mitsubishi-triton_9

Pasaran Malaysia menawarkan lima jenis triton dengan harga seperti berikut (termasuk insurans dan GST untuk pendaftaran persendirian) di Semenanjung Malaysia:

No Jenis Anggaran Harga Warna
1 All-New Triton VGT Adventure RM114,000 Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid
2 All-New Triton VGT Automatic RM103,000 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
3 All-New Triton VGT Manual RM97,000
4 All-New Triton Manual RM87,000 Sterling Silver,

White Solid

5 All-New Triton Quest RM71,000

Enjin 2.5 liter VGT 4-silinder enjin turbodiesel yang menghasilkan output maksimum 178 PS pada 4,000 rpm. Tork maksimum telah meningkat daripada 350 Nm kepada 400 Nm pada 2,000 rpm. 3,500 rpm.

mitsubishi-triton14

Rakyat Malaysia boleh melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Triton di bandar –bandar utama pada bulan April.

mitsubishi-triton_7

Lokasi dan tarikh pameran bergerak itu adalah seperti di bawah:

No Tempat Negeri Lokasi Pada
1 Mid Valley Megamall Klang Valley West Lobby 01-05 Apr
2 Tesco Mergong Alor Setar Main Concourse 06-12 Apr
3 Sutera Mall Johor Bahru Sub Court 09-12 Apr
4 Queensbay Mall Penang North Court 15-19 Apr
5 Aeon Kinta City Ipoh Sub Court 20-26 Apr
6 Suria Sabah Kota Kinabalu Court G4 (A) 20-03 Apr
7 The Spring Kuching Centre Court C 20 Apr-10may
8 East Coast Mall Kuantan Main Entrance 23-26Apr

mitsubishi-triton12

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana daripada 58 bilik pameran Mitsubishi di seluruh Malaysia. Lokasi bilik pameran boleh didapati di www.mitsubishi-motors.com.my atau dengan menghubungi Mitsubishi Motors Careline di 1800 18 6611     (09:00-05:00, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum).

mitsubishi-triton_5

Previous post

Previu Tambahan Porsche Boxster Spyder

Next post

Generasi ke-9 Chevrolet Malibu diPerkenalkan di Amerika Utara.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *