Berita Auto

Mitsubishi ASX Tawar Waranti 5-Tahun & Penyelenggaraan Percuma

Mitsubishi Motors Malaysia telah menawarkan waranti selama 5 tahun termasuk penyelengaraan percuma bagi segmen SUV kompak. Tawaran penyelenggaraan percuma merangkumi kos buruh, minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, minyak transmisi, penapis bahan api, cecair brek dan penyejuk. (Terhad kepada 1,000 unit pertama sahaja, mengikut terma dan syarat)

Harga yang ditawarkan ialah RM117,334.31* (varian 2WD) dan RM131,828.59* (varian 4WD), ASX yang dijanakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter dengan menghasilkan 150PS dan 197Nm. Kedua-dua varian 2WD dan 4WD menggunakan INVECS-III CVT dengan Mod Sport menawarkan 6 nisbah virtual untuk mempertingkatkan penglibatan pemandu di samping mengekalkan kecekapan bahan api yang luar biasa. Model ASX boleh didapati dalam empat warna – Black Mica, Titanium Grey, Cool Silver dan Solid White.

Mitsubishi-ASX

Previous post

Lagu Pandu Pilihan 'P Ramlee' Hari Ini – P Ramlee - 'Madu Tiga'

Next post

BMW Tayangkan Ciri-ciri Remote Parking dan Gesture Control Pada Model 7-Siri Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *