Psst!

Konsep Ssangyong XAV Diperkenalkan Buat Pertama Kali di Seoul Motor Show 2015

Hari ini Ssangyong buat pertama kali mempamerkan XAV, konsep baharu SUV yang melambangkan arah baharu Ssangyong bagi pembangunan produk masa depan mereka di Seoul Motor Show.

Ssangyong percaya bahawa model XAV (eXciting Authentic SUV), melambangkan apa sebenarnya SUV, menjangkaui usia dan generasi serta mencerminkan inspirasi semangat muda.  Mereka menjangkakan model SUV ini akan mewujudkan semula identiti jenama mereka.   Oleh kerana interpretasi SUV ini berdasarkan pada platform SUV kecil, XAV memberi penghormatan kepada Korando.

ssangyong-xav-2

Dengan rekaan luaran yang memfokuskan pada keseimbangan unik sebuah SUV, dengan garisan lurus yang sofistikated, XAV ini menggambarkan imej SUV yang tulen.  Juga, betuk seperti kotak memberikan ruang muatan secukupnya untuk pelbagai aktiviti luar, dan bumbung kanvas memaksimumkan kebukaan XAV.

ssangyong-xav-3

Tayar ganti yang kelihatan dan tangka bahan api tambahan telah ditransformasikan kepada ruang simpanan untuk alat kecemasan dan peralatan untuk aktiviti luar.  Ruang dalam XAV telah direka untuk memenuhi keperluan tertentu penumpang.  Paparannya yang biasa tetapi luas ini meningkatkan ruang simpanan, dan kerusi sporti bucket menawarkan kemudahan yang hebat dan mencipta suasana selesa.

ssangyong-xav-6

Dengan enjin1.6 liter dan sistem e-4WD, yang terdiri daripada bateri lithium-ion dan motor elektrik yang dipasang pada roda depan dan belakang, model XAV ini mampu mencapai tahap kuasa dan kecekapan.  Sistem Smart Motion Control bagi kenderaan ini terdiri daripada Elektronik Air Suspension dan Stereo Vision yang meningkatkan keselesaan memandu di atas jalan yang sukar, manakala kesesuaian tayar run-flat menaik taraf keselamatan dengan ketara sekali.

ssangyong-xav-4

 

Previous post

Kereta Autonomi Hyundai di Bilik Pameran pada 2020

Next post

Mercedes-Benz Terima 3 Penghargaan World Car of The Year

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *