Gaya Hidup / Lifestyle

Jaguar F-Type Project 7 Supercar di Malaysia

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd telah umumkan hanya dua pemandu arif di Malaysia akan mendapat keistimewaan memiliki edisi terhad Jaguar F-TYPE Project 7 supercar.  F-TYPE Project 7 ini adalah kenderaan berprestasi tinggi Jaguar yang pertama dari kumpulan Operasi Khas Jaguar Land Rover.

Jaguar-F-Type-Project-7_Outdoor

Dengan produksi terhad kepada hanya 250 unit seluruh dunia, Jaguar Land Rover telah memperuntukkan dua unit supercar buatan tangan untuk pasaran Malaysia.  Harga atas permohonan.  Pelanggan yang berminat boleh menghubungi Sime Darby AutoConneXion, cawangan SISMA Auto, yang kini membawa model Jaguar dan Land Rover.

Jaguar-F-Type-Project-7_Static

F-TYPE Projek 7 ini bukan sahaja derivatif yang paling fokus daripada pelbagai rangkaian F-TYPE yang telah memenangi anugerah, tetapi juga pengeluaran yang paling cepat dan paling berkuasa pernah dibina Jaguar.

Jaguar-F-Type-Project-7

Kuasa supercar ini datang dari enjin V8 supercharged 5.0 liter, kini dalam bentuk 575PS/680Nm, membolehkan aluminium sepenuhnya pada badan kereta – dengan berat 1585kg – untuk mencapai pecutan dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat dan kelajuan tinggi elektronik-terhad 300km/j.

Jaguar-F-Type-Project-7a

“Operasi Khas dimujudkan untuk membangunkan produk dan khidmat yang sesuai bagi membolehkan pelanggan kami yang arif dan bersemangat untuk menikmati minat mereka terhadap kereta kami.  F-TYPE Project 7 adalah contoh tepat untuk produk seperti ini.

Jaguar-F-Type-Project-7_The-original-and-the-latest-intepretation_2

Ia sebagai penghormatan kepada tujuh kejayaan mutlak Jaguar yang diperolehi dari Le Mans dengan rekaan yang diinspirasikan dari Jaguar D-Type,” jelas John Edwards, Pengarah Urusan, Operasi Khas Jaguar Land Rover.

Jaguar-F-Type-Project-7_The-original-and-the-latest-intepretation

Previous post

Isuzu UK Perkenalkan Range-Topping D-Max Blade

Next post

Edisi Akhir Evo X : Nama Plat Terakhir Lancer

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *