Isuzu UK Perkenalkan Range-Topping D-Max Blade
Rangkaian tertinggi Isuzu D-Max pick-up memberikan senarai panjang untuk pembaharuan gaya unik dan naik taraf dalam teknologi bagi membantu model ini tampil tersendiri dari yang lain termasuk model baru untuk 2015. Pembaharuan bagi model 2014 termasuk gril depan kelabu ‘Shadow’ dan hiasan yang sesuai, disudahkan dengan warna hitam Cosmic hingga pada cap cermin, pemegang pintu dan pemegang pintu belakang. Sebagai tambahan praktikal, peredam lembut pada pintu belakang kini dipasang sebagai bahan standard.
Ciri ciri standard lain termasuk roda aloi enam-spoke ‘Shadow’, Blade 18 inci dengan tayar 255/60 R18 Pirelli Scorpion Zero, dan pelanggan boleh memilih samada kanopi Aeroklas atau penutup Black Mountain Top roller dengan bar belakang. Keduanya boleh didapti tanpa kos ekstra.
Ruang dalamnya juga menyediakan hiasan premium dan kerusi kulit panas dan headlining berwarna kelabu ‘Shadow’; bespoke side-sill scuff plates dan karpet unik menampilkan grafik ‘Blade digabungkan dengan warna hitam Piano untuk menyerlahkan ruang dalam dan menyambut penghuni dengan citarasa premium sebaik mereka melangkah masuk ke dalam model D-Max berspesifikasi tinggi ini.
Sebaik saja duduk didalamnya, penghuni akan disambut dengan audi lapan speaker yang hebat dan sistem navigasi skrin sesentuh dari Pioneer 6.1 inci yang canggih – siap dengan intergrasi teknologi kamera keselamatan belakang untuk menyediakan infotainment yang premium, juga kemudahan kepada pemandu yang lebih hebat.
Ia menggunakan enjin diesel turbo berkembar 2.5 liter yang menguasakan varian Isuzu D. Max yang lain. Menghasilkan 161hp dan tork 400 Nm, unit ini membolehkan D-Max Blade menggabungkan keupayaan menunda 3.5 tan (brek) yang menjadikannya peneraju dalam kelasnya, dan juga memberikan pulangan bahan api yang ekonomi iaitu 16.45 km/l. Pelanggan boleh memilih dari transmisi manual enam-kelajuan atau otomatik lima-kelajuan. Oleh kerana mereka baru saja melancarkan varian Diablo dari D-Max di Malaysia, tidak mungkin model ini akan tiba disini dalam masa terdekat.
No Comment