Psst!

Ferrari Rancang Mainstream Supercar

Ferrari sedang merancang kereta mainstream yang tidak mengikut kapasiti produksi seperti model Ferrari lain.  Rancangan tersebut belum lagi disahkan secara resmi, walaupun berita mengesahkan banyak spekulasi bahawa pihak pengurusan Fiat berkeras untuk menghapuskan pengehadan 7000 kenderaan setahun, untuk menjadikan jenama itu senang didapati.  Ini telah menjadi isu perdebatan hangat dalam Ferrari, apabila CEO Luca di Montezemolo berbalah dengan Ketua Fiat Chrysler, Sergio Marchionne, dalam beberapa pertemuan.

Ferrari2

Montezemolo berkeras dengan pandangannya bahawa sekiranya mahu mengekalkan ciri eksklusif pada jenama itu, pengehadan 7000 buah kenderaan tidak patut dihapuskan.  Sebaliknya Marchionne pula mempunyai rancangan untuk mengembangkan lagi jenama Itali ini.

Model Ferrari mainstream baharu ditetapkan untuk bersaing dengan supercar baharu yang lain seperti Mclaren 570S serba baharu dan Porsche 911 Turbo, dan sedikit dari Mercedes-AMG GT dan Jaguar F-Type.  Ini mungkin berlaku kerana Ferrari mahu mencapai audien yang lebih luas.

Ferrari3

Previous post

Nissan Lancarkan X-Trail Hibrid di Jepun

Next post

Bermaz Memperkenalkan Model Mazda 3 SKYACTIV CKD

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *