Cerita Auto

Bermaz Memperkenalkan Model Mazda 3 SKYACTIV CKD

Dengan usaha keras Bermaz bagi pemasangan tempatan model Mazda3 SKYACTIV serba baharu, mengikut pengenalan kepada model import sepenuhnya yang banyak memenangi anugerah ini, Mazda menuju ke arah memenangi perhatian para peminat automotif. Penuh dengan ciri-ciri yang sangat bergaya, Mazda3 SKYACTIV kini menawarkan harga yang menarik.

Model Mazda3 SKYACTIV CKD ditawarkan dalam 3 varian, disesuaikan dengan bajet dan gaya hidup yang berbeza – Sedan GL yang berharga RM105,376.30, Sedan Spesifikasi Tinggi (RM120,376.30) dan Hatchback pula pada harga RM120,376.30 (harga atas jalan tanpa insurans). Peralatan dan trim telah dipertimbangkan sebaiknya dan mereka bermurah hati memberikan lebih banyak ciri-ciri pada tahap model itu. Bermaz sekali lagi memberi peluang kepada pembeli dari segi penjimatan kos yang sangat ketara dalam bentuk nilai yang hebat untuk wang mereka, menjadikan pemilik kereta Mazda sukar untuk membuat pilihan.

Semua versi dikuasakan oleh anjakan enjin petrol SKYACTIV-G 2.0 liter  dengan output cemerlang iaitu 162HP pada 6,000rpm dan tork 210Nm pada 4,000rpm. Ia adalah power plant yang terkenal dengan pengeluaran rendah, kecekapan tinggi dan emisi rendah. Dipadankan dengan kotak gear otomatik enam-kelajuan SKYACTIV yang sama hebat dan dengan total pakej SKYACTIV, Mazda3 SKYACTIV serba baharu ini memberikan prestasi yang memuaskan dari aspek dinamik dan ekonomi.

Barisan Mazda3 SKYACTIV CKD dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Ciri-ciri hebat utama adalah Heads-up Display, High Beam Control, Smart City Braking System (menampilkan brek auto dalam lingkungan 4 hingga 30kph) dan Lane Departure Warning. Spesifikasi tinggi model ini juga menampilkan kerusi kulit sepenuhnya dan padanan trim juga shod aloi 18inci yang menarik dengan tayar bersaiz 215/45.

Model Hatchback juga mempunyai tema prestasi kombinasi roda dan tayar ini. Dan juga trim fabrik untuk kerusi yang menarik. Bermaz yakin bahawa setiap versi ini akan memenuhi kehendak dan keperluan pembeli. Berita yang lebih baik untuk pembeli adalah setiap Mazda3 baharu datang dengan pakej penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/60,000km.

Mazda3 SKYACTIV CKD menawarkan 4 pilihan warna: Artic White, Meteor Grey Mica, Aluminium Metallic, and Blue Reflex Mica.

mazda3_sedan_72_1280x960

Previous post

Ferrari Rancang Mainstream Supercar

Next post

Sejarah Ringkas Toyota Motorsport GmbH

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *