Cerita Auto

Bridgestone Persembahkan Potenza Adrenalin RE003 Baharu

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) telah umumkan pelancaran tayar Potenza Adrenalin RE003 mereka.  Direka untuk memberikan kawalan tepat dan maksimum, Adrenalin RE003 dibina dengan campuran cengkaman berkuasa yang optimum, kendalian yang stabil dan tindakbalas awal yang pantas di atas jalan kering, manakala boleh bermegah dengan kepastian kendalian dan brek di atas jalan basah.  Jika dibandingkan dengan generasi produk sebelum ini iaitu RE002, tayar baharu ini menawarkan ketajaman yang responsif semasa membelok,  pengedalian stereng yang baik dan kestabilan ketika membelok yang teguh.  Walaupun prestasi pemanduan sporti adalah sifat utama untuk Adrenalin RE003 baharu ini, pemanduan selesa juga telah ditingkatkan dengan ketara sekali untuk memberikan satu perjalanan yang selesa walaupun ianya sporti.

Bridgestone2

Potenza Adrenalin RE003 adalah kereta jalanan khusus untuk prestasi kereta sport tahap sederhana dan tinggi.  Ia boleh didapati dalam 20 saiz berbeza, fitting rims 15-18 inci dalam diameter dan sesuai untuk profail siri tayar 35 hingga 55.  Mensasarkan pada pemandu yang berminat mahukan pengalaman memandu kereta lumba berprestasi tinggi, Adrenalin RE003 menawarkan keseronokan pemanduan hebat di atas jalan berliku.

Sementara Adrenalin RE003 menawarkan peningkatan dari segi pengendalian atas jalan basah jika dibandingkan dengan model RE002, tayar baharu ini juga boleh bermegah dengan pengendalian atas jalan kering yang ditingkatkan dengan ketara sekali untuk memberikan tindakbalas atas jalan yang tepat, memberikan rasa keyakinan kepada pemandu.

Bridgestone3

 

Previous post

Aston DB11 Baharu Diintai

Next post

Tesla Perkenalkan Dual Motor 70D Sebagai Model Asas

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *