Psst!

Aston DB11 Baharu Diintai

Gambar pengganti model DB9 sebenar yang sedang dalam produksi telah mula muncul.  Walaupun cuba disamarkan tetapi ini adalah kereta sebenar yang boleh dilihat buat pertama kali.  Gambar yang ditunjukkan sebelum ini adalah kereta uji tanpa panel atau fitting kereta sebenar yang baharu ini.

Secara jelas, ini bukan kereta yang ditampilkan dalam filem 007.  Kereta itu digelar DB10.  Seperti yang diperkatakan dalam artikel awal yang disiarkan, model DB9 akan digantikan dengan DB11, tetapi meminjam banyak cues penggayaan dari DB10.

Db11front

Sebagai contoh, dari segi profailnya.  Aston Tourer baharu dan DB10 mempunyai reka bentuk yang sama, Cuma perbezaan besar hanya dilihat pada tingkap yang kecil pada kereta Bond.

Lampu depan DB11 lebih sama dengan Vantage, tetapi ini mungkin sebahagian dari samarannya.  Gril pada model ini sedikit rendah dan tidak bersepadu sebaiknya dengan panel badan yang lain seperti pada DB10.

db11profile

Bahagian belakang seperti ‘pure camo’, dengan lampu belakang yang nampak tipu, dan panel menutupi sepanjang bahagian belakang. Seperti yang dikatakan sebelum ini, model DB11 akan menampilkan enjin Turbo V8 4.0 liter dari sumber AMG – versi tala dari Mercedes-AMG GT sports.  Terdapt juga enjin traditional Aston iaitu enjin V12 6 liter.

Comparison

Previous post

Sejarah Ringkas Toyota Motorsport GmbH

Next post

Bridgestone Persembahkan Potenza Adrenalin RE003 Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *