Cerita Auto

Tesla Perkenalkan Dual Motor 70D Sebagai Model Asas

Tesla telah menggantikan kemasukan baru model S, 60, dengan 70D.  mengekalkan tatanama Tesla, kereta baharu ini dengan pek bateri 70kWh dan dua motor elektrik yang memberi kuasa kepada roda depan dan belakang.  Peralihan kepada dual-motor, rangkaian kuasa empat pacuan ini bermakna satu satunya kereta pacuan roda belakang yang dijual oleh Tesla buat masa ini adalah Model S 85, yang berada dalam kedudukan atas dari tahap kereta asas baharu.

TeslaS70D-3

Berbanding dengan Model S60 yang ada kini, model S70D baharu ini mempunyai lebih kuasa kuda dengan tambahan kos hampir US$4000, menjadikan jumlah kuasa kuda sebanyak 524hp dengan harga US$75,000.  Kenaikan harga berpatutan memandangkan kelengkapan tambahan yang anda akan dapat dalam model 70D.

TeslaS70D-5

Motor tambahan dan bateri besar bukan saja memberikan lebih kuasa, malah memberikan pemilik lebih kilometer dengan rangkaian ini ditambah kepada 386km dari had 335km untuk model sebelum ini.

TeslaS70D-4

Previous post

Bridgestone Persembahkan Potenza Adrenalin RE003 Baharu

Next post

Ultima Evolution: 1033hp, 950 kg

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *