Berita Auto

Ujian Pra-Musim ARRC Di Sepang Minggu In

Seluruh kontinjen Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) bersiap sedia untuk memulakan sesi ujian pra-musim rasmi musim 2015 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 hingga 3 April ini.

Selepas berehat selama tiga bulan sejak pusingan terakhir  musim 2014 di Qatar, Disember lepas, ujian ini akan memberi peluang buat pelumba dan pasukan bagi menguji keupayaan jentera yang telah dibangunkan bagi mendapatkan pelarasan terbaik sebelum memulakan musim 2015 yang akan berlangsung di litar sama dalam tempoh dua minggu akan datang.

Menambah kehangatan bagi ARRC yang memasuki edisi ke-20 pada tahun ini menyaksikan dua kelas baharu diperkenalkan bersama-sama tiga kelas sedia ada SuperSports 600cc, Underbone 130cc dan Asia Dream Cup (ADC).

Screen Shot 2015-03-31 at 11.44.06 PM

Kelas yang bakal diperkenalkan pada musim ini ialah Asia Production 250cc (AP250) dan Cabaran Suzuki Asia (SAC) yang menyaksikan kira-kira 103 pelumba akan mengambil bahagian dalam sesi ujian pra-musim minggu ini.

Kategori AP250 merupakan kelas perlumbaan 250cc terbuka dengan peraturan perlumbaan yang digaris membolehkan jentera 250cc Honda, Kawasaki dan Yamaha akan berada dalam satu perlumbaan. Kelas ini juga bakal menggunakan tayar dari satu pengeluar iaitu rakan penaja kejuaraan selama ini, Dunlop.

Sementara itu perlumbaan kelas SAC akan menggunakan jentera Suzuki FU150 yang juga merupakan usaha Suzuki untuk melahir dan membangunkan pelumba-pelumba di rantau Asia.

Perlumbaan pembuka musim akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia pada 16 hingga 19 April diikuti Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia (4 hingga 7 Jun) sebelum kontinjen ARRC bertandang ke Litar Suzuka, Jepun yang akan menjadi hos bagi pusingan ketiga pada 1-5 Julai.

Litar Buriram, Thailand akan menjadi venue perlumbaan pusingan keempat pada 27 hingga 30 Ogos dan hos pusingan terakhir pada 2 hingga 6 Disember manakala perlumbaan malam di Litar Antarabangsa Losail, Qatar menjadi hos pusingan kelima pada 30 September hingga 3 Oktober.

Jadual Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) Musim 2015

Ujian Pra-Musim 1 hingga 3 April

Pusingan 1, Sepang, Malaysia – 16 hingga 19 April

Pusingan 2, Sentul, Indonesia – 4 hingga 7 Jun

Pusingan 3, Jepun – 1 hingga 5 Julai

Pusingan 4, Buriram, Thailand  – 27 hingga 30 Ogos

Pusingan 5, Losail, Qatar – 30 September hingga 3 Oktober

Pusingan 6, Buriram, Thailand – 3 hingga 6 Disember 

Zamri Baba, Musashi Boon Siew Honda Racing

Previous post

Mazda3 Tempatan Tiba Dipasaran Dengan Harga Bermula Dari RM105,000

Next post

Satu Prestasi Cemerlang Pasukan PROTON R3 Pada Permulaan Perlumbaan Musim 2015.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *