Cerita Auto

Mazda3 Tempatan Tiba Dipasaran Dengan Harga Bermula Dari RM105,000

Rekaan Luar

Tema rekaan ‘KODO-Soul of Motion’ seperti magnet menarik anda.  Diinspirasikan oleh semulajadi kecantikan dan berkuasa, Mazda membangunkan KODO untuk membawa citarasa kecergasan dan ketangkasan tersendirinya pada tahap seterusnya.  Kereta generasi baru Mazda yang memang diminta untuk dipandu.

mazda3_sedan_45_1280x960

Keselesaan Ruang Dalam

Konsol pusat simetri menandakan sempadan antara kedua-dua zon, pemerengganan bahagian masing-masing.  Tetapi pada masa yang sama ianya mewujudkan rasa berkaitan, menggabungkan dua zon untuk mewujudkan satu imbangan di antara pemandu dan penumpang, yang boleh berkongsi pengalaman mereka: keseronokan memandu, atau pemanduan bersantai dan selamat.

Keselesaan

Hatchback dan sedan menawarkan ruang selesa baik didepan maupun belakang, termasuk ruang kaki.  Ketinggian jarak kepala dikekalkan, walaupun ketinggian keseluruhan kereta dikurangkan sebanyak 25mm, dengan merendahkan hip point pada kerusi.

Ruang bagasi Mazda 3 menawarkan keselesaan untuk kapisiti 350 dan 419 liter – lebih dari model yang ada sekarang.  Apabila kerusi belakang bagi model hatchback dilipat, ruang kargo naik kepada 1,250 liter.  Bukaan boot lebar hingga 100mm, manakala sedan boleh memuatkan bagasi saiz 67sm.

mazda3_sedan_41_1280x960

Kelegaan dari Tekanan

Informasi pemanduan real-time seperti kelajuan, sistem navigasi arah, dan status sistem keselamatan aktif i-ACTIVENESS, termasuk amaran, dipaparkan pada Active Driving Display.  Diantara kenderaan pertama dalam segmen ini dengan paparan yang maju, ianya menggunakan panel dipasang atas dash diatas intrumen kluster.  Sistem ini, secara automatic akan melaraskan kepada ambien cahaya, memberikan informasi dengan menumpukan lebih kurang 1.5m kehadapan penglihatan pemandu, meminimunkan pelarasan tumpuan dan pergerakan mata.  Bagi mengelakkan kekeliruan, hanya 3 item dipaparkan dalam satu masa pada Active Driving Display. Data paling penting akan selalu ada pada kedudukan teratas, bertukar mengikut keutamaan.

Informasi lain yang berkaitan dengan pemandu ada pada panel instrument, yang telah direka semula sepenuhnyan untuk Mazda 3 baharu ini.

mazda3_sedan_12_1280x960

Rangkaian kuasa

Keseronokan akan berlaku sebaik saja membuka pintu Mazda 3 serba baharu ini.  Ianya seperti hidup.  Sebaik saja duduk di tempat pemandu, hati rasa berdebar-debar dengan bulatan merah pada instrumen kluster.  Hidupkan enjin dan lihat jarum bercahaya dengan tolok dan instrumen lain.   Kemudian Active Driving Display terpasang menyudahkan turutan permulaan. Mazda 3 serba baharu ini telah sedia.  Tiba masa untuk kembara.

Kepuasan Kawalan

Menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0.  Ianya menghasilkan 165PS pada 6,000rpm dan 210Nm pada 4,000rpm di mana sedan ini boleh memecut dari keadaan tidak bergerak kepada 100km/sejam dalam masa 8.2 saat dengan kelajuan tertinggi 210km/sejam.  Pada 5.8I/100km dan 135g/km, ianya menggabungkan kecekapan bahan bakar kadar-pertama dan emisi CO2 – 5.6I/100km dan 128g/km – dengan masing-masing mempunyai pecutan masa 10.3 saat pada 198km/sejam.

Spesifikasi Mazda3 2.0L SKYACTIV CKD

Enjin: 4-silinder DOHC 16V SKYACTIV

Kapisiti: 1998cc

Kotak gear: 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE Semi-Auto

Kuasa kuda:162bhp @6000

Tork:210Nm @4000

0-100km/sejam:8.2 saat

Kelajuan Tertinggi: 198km/sejam

Harga: RM105,000 MID, RM119,000 MID+ dan RM125,000 HIGH

mazda3_sedan_6_1280x960

 

Previous post

Chery Maxime. Kereta Pengerak Rakyat Dari China.

Next post

Ujian Pra-Musim ARRC Di Sepang Minggu In

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *