Cerita Auto

Chery Maxime. Kereta Pengerak Rakyat Dari China.

Lega bila melihat Maxime baharu dengan penampilan yang cantik.  Saya suka dengan rekaan dalaman yang tampak daring.  Maxime berjaya dengan penampilan dua tona warna yang agak sukar untuk dicapai.  Unit rebiu yang kami terima datang dengan kerusi fabric tetapi kami diberitau skin warna sama akan digunapakai pada upholsteri kulit.  Maxime telah direka oleh mereka yang bekerja di BMW, Mercedes, Daimler-Chrysler dan Porsche.

DSC02390

Kegunaan

Secara praktikal, MPV ini memberi prestasi yang sangat baik.  Kerusinya sangat selesa dengan kerusi depan diberi pelarasan ketinggian secara manual dan setiapnya ada tempat letak tangan.  Ketiga-tiga barisan memang selesa dan kerusi dibarisan paling belakang nampak mewah. Terdapat banyak ruang kecil di dalamnya, dan saiz yang memuaskan.  Kerusi di barisan kedua & ketiga boleh dilipat rata yang boleh memuatkan lebih kurang 23 dan setengah bag golf, yang boleh dikira agak banyak.

Headlamp

Unit radio agak lama, dan tiada input untuk Bluetooth atau skrin sesentuh.  MP3 boleh digunakan melalui USB dan 6 speaker.

Central-Locking-System

Prestasi

Prestasi dari enjin 2 liter DOHC baik.  Ianya tidak berkuasa rendah, dan apa yang tiada dari enjin boleh didapati dari kotak gear 7-kelajuan.

dashboard

Nilai

Apa yang bagus dengan kereta ini, sudah tentunya nilai untuk wang.  Dengan Maxime, anda akan mendapat 2 specs dan bezanya adalah ianya kosmetik sepenuhnya – tingkap tinted, body kit dan kerusi kulit.  Yang lain adalah standard bagi Maxime, termasuk 5 tahun waranti/150,000km.

DSC02398-600x400

Saya percaya Chery hampir dapat berjaya dengan formula rendah pada Maxime.  Saya rekomen kereta sebegini, tetapi hanya pada mereka yang sanggup ambil risiko untuk sebuah kereta yang mempunyai kit lebih baik dan penampilan menarik dari pesaingnya.

Spesifikasi Chery Maxime:

Enjin:2L Naturally Aspirated DVVT

Anjakan: 1971cc

Transmisi: 7-kelajuan CVT dengan ‘Shiftronic’ Gear Selector

Kuasa Maksmimum: 136bhp @ 5750 rpm

Tork maksimum: 182Nm @ 4300-4500 rpm

Kelajuan tertinggi: 175km/sejam

0-100km/sejam: 15.0+saat

Harga: RM86,800.00

DSC02396

 

Previous post

Ford Lancarkan Everest Serba Baharu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok

Next post

Mazda3 Tempatan Tiba Dipasaran Dengan Harga Bermula Dari RM105,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *