Cerita Auto

Ford Lancarkan Everest Serba Baharu di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok

Kali ini, Everest dibuat berdasarkan platform rekaan yang berbeza sepenuhnya untuk menjadi sebuah kereta yang lebih ‘sesuai didiami’ secara keseluruhannya.  Sama seperti bagaimana Kuga (pengganti Escape) kini dalam kedudukan platform Focus yang diuabhsuai, Everest menggunakan setup gegelung spring belakang untuk kawalan roda yang unggul dan tahap fleksibiliti yang tinggi.  Leaf springmungkin boleh menjadi pilihan untuk ketahanan sepenuhnya, tetapi ia nampak seperti demografi Everest yang tidak cukup tegar untuk menuntutnya.

DSC_0893

Dua pilihan enjin boleh didapati untuk generasi ini – enjin 3.2 liter DuraTorq 5-silinder TDCi dibawah 200 bhp dan torknya 47Nm adalah model paling tinggi prestasi dalam rangkaiannya, manakala enjin 2.2 liter Duratorq 4-silinder menghasilkan 160 bhp dan tork 385 Nm.

DSC_0891

LED daytime running lights dan posisi lebih luas.  Boleh memuatkan 7 penumpang dengan kerusi yang boleh dilipa pada barisan ketiga.  Terdapat juga Active Noise Cancellation, yang berterusan mengawasi jalan dan kebisingan angin untuk menghalang beban itu.  Everest boleh didapati dalam varian pemanduan roda belakang dan empat pacuan bergantung pada pasaran.

DSC_0895

Ianya mengekalkan rekaan body-on-frame yang mempunyai ketegaran kilasan tambahan untuk daya tahan dalam keadaan kasar, manakala running gear model ini lebih maju.  Berbanding dengan sistem pemanduan empat pacuan yang lama, Ford pakej Everest dengan sistem panduan empat-roda pintar yang bercirikan active transfer case.  Dalam kes yang paling ekstrem, ratio julat rendah boleh didapati untuk kawalan gerakan tambahan. Jarak dari permukaan jalan adalah 225 mm, dan lebarnya sama seperti Ranger:800mm

DSC_0885

SYNC 2 diperkenalkan di sini, kemestian pada semua rangkaian model, satu perubahan yang dialukan dari setup 2-DIN pada model sebelum ini.

DSC_0887

Curve Control juga diperkenalkan, lebih efektif dan sistem kawalan kestabilan yang lebih maju yang lebih invasif.  Blind Sport Information System juga dipasang dengan Cross Traffic Alert System.  Roll Stability Control adalah sangat penting untuk kereta tinggi dan berat, mengurangkan risiko potensi rollover.

DSC_0888

DSC_0925

 

Previous post

Sebastian Vettel Berjaya Di Sepang

Next post

Chery Maxime. Kereta Pengerak Rakyat Dari China.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *