Gaya Hidup

Tayar Pirelli Akan Djual Kepada ChemChina

China National Chemical Corp. (ChemChina) akan membeli Pirelli, pembuat tayar kelima terbesar di dunia, dalam perjanjian melibatkan 7.1 bilion euro yang akan meletakkan simbol pengilangan Italy dalam tangan China.  Perjanjian jual beli ini akan memberikan hak pemilikkan ChemChina, diketuai oleh acquisitive chairman Ren Jianxin, akses kepada teknologi untuk membuat tayar premium, yang akan dijual pada margin tertinggi, dan memberikan peningkatan pada firma Itali dalam pasaran China yang besar.

Sebaliknya Pirelli, yang melengkapkan tayar kereta dalam perlumbaan motor Formula One, akan mempunyai lebih banyak lebar jalur untuk bersaing dengan pesaing yang lebih besar seperti Michelin dan Continental yang mencari pertumbuhan di Asia.

Perjanjian ini dipersetujui dengan pemegang saham Pirelli pada Ahad lalu.  Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh syarikat itu, ChemChina bersetuju membayar 15 euro setiap unit saham untuk 26.2 persen yang dimilikki Pirelli oleh Cam Finanziaria, atau Camfin. ChemChina akan membuka tawaran tender umum untuk pembuat tayar lain pada harga yang sama.  Harga tawaran, yang menilai Pirelli sebanyak 7.1 bilion euro, adalah dibawah harga yang ditutup pada Jumaat iaitu 15.23 euro.

Pada tahun 2013, ChemChina menjana pendapatan sebanyak 244 bilion Yuan (USD39bilion). ChemChina akan meneruskan transaksi melalui anak syarikatnya, China National Tire & Rubber Co.  Syarikat itu menjangkakan perjanjian itu akan dimeterai pada pertengahan 2015, bergantung kepada kelulusan yang diberikan oleh badan pengawal selia.

Perjanjian tersebut adalah yang terkini dalam rangkaian pengambilalihan di Itali oleh kuasa beli tunai pembeli China, yang mampu mengambil kesempatan terhadap matawang euro yang lemah apabila tanda-tanda mula timbul bahawa Eropah akan pulih dari masalah ekonomi.  Tawaran ini juga menandakan kembalinya perusahaan milik Negara China (SOE) ke perjanjian global berikutan dengan hiatus anti-rasuah yang digesa oleh Presiden Xi Jinping yang disasarkan kepada beberapa pegawai kanan dan bekas SOE.

Pirelli_tires2

Previous post

Kenderaan Tanpa Pemandu Mungkin Menggunakan Lebih Bahan Api

Next post

Honda HR-V VS Honda CR-V VS Honda Jazz

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *