Cerita Auto

Honda HR-V VS Honda CR-V VS Honda Jazz

HR-V kompak crossover membezakannya daripada CR-V dan Jazz dengan penampilan sporti berbanding dengan kenderaan yang mempunyai rekaan luaran lebih right-angle-heavy; dan, ianya lebih 10 inci pendek dari CR-V dan 9 inci panjang dari Jazz, dengan ukuran lebarnya lebih kurang 2 inci kurang dari CR-V dan 3 inci lebih dari Jazz. Bahagian dalamnya, Honda menjanjikan bahawa HR-V akan memberikan ‘ ruang dalam yang luas dan kabin serba boleh yang tiada tandingannya’. Hanya pengguna sejati akan dapat memutuskan samada janji itu ditepati, tetapi mengikut jumlah penumpang, HR-V sudah tentunya tersendiri, dengan ukuran 100.1 kaki cubic berbanding dengan CR-V 2014 yang berukuran 104 dan Jazz 2015 berukuran 96.

Honda-HRVtech1

Berkenaan ruang kargo pula, ianya nampak lebih pelbagai.  Di belakang kerusi belakang, HR-V mempunyai ruang 24.3 kaki cubic berbanding dengan CR-V iaitu 37.2 dan Jazz, 16.6.  Manakala, apabila kerusi diturunkan, ruang maksimum kargo untuk HR-V meningkat hampir 2.5 kali iaitu 58.8 kaki cubic.

Honda-HRVtech2

Ruang kargo maksimum Jazz meningkat lebih 3 kali ganda iaitu 52.7 kaki cubic, manakala CR-V hampir dua kali ganda iaitu 70.9 kaki cubic.

Honda-HRVtech3

Previous post

Tayar Pirelli Akan Djual Kepada ChemChina

Next post

Edisi MX-5 Club Akan Menjadi kereta paling Agresif dari Mazda

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *