Psst!

Risiko Keselamatan Perodua Myvi & Alza Tidak Berasas. Siapa Mr. Vaupel?

Kenyataan oleh Presiden & SEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh ke atas komen yang dibuat oleh Mr. Vaupel.  Pertama dan paling penting, kami ingin meyakinkan pelanggan kami bahawa produk dan servis yang ditawarkan dengan mengambil kira keselamatan sebagai keutamaan yang mematuhi piawaian keselamatan dalam negeri yang ketat, yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan pelbagai agensi.

Malah, generasi Myvi pertama (sekitar 2005-2011) juga mendapat perakuan Euro 4 apabila Perodua dieksport ke United Kingdom sebelum ini. Sejak itu kami telah menambah baik ciri-ciri keselamatan untuk pelanggan kami.

Oleh itu, telah datang kepada perhatian kami bahawa seorang blogger bernama Wolf Vaupel telah menuduh Perodua Myvi dan Alza menyamar   risiko keselamatan yang tinggi kepada pelanggan kami.

Dalam blognya bertarikh 10 Mac 2015, Mr. Vaupel mendakwa instrumen self-illuminating cluster yang ada pada Myvi dan Alza adalah ‘merbahaya’.  Menurut logik Mr. Vaupel, panel instrument self-illuminating ini mengelirukan pemandu akan yang ingat lampu atas dipasang.

Kami ingin menjelaskan, bahawa berdasarkan dari pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat insuran menunjukkan tiada sebarang kaitan antara instrumen self-illuminating kluster dan pelanggaran dijalan pada waktu malam.  Juga, instrumen self-illuminating kluster ini juga digunakan oleh jenama antarabangsa dan kami bingung kenapa serangan Mr. Vaupel hanya ditujukan pada Perodua.

Beliau juga mendakwa ciri-ciri self-illuminating ini adalah bercanggah dengan peraturan antarabangsa tetapi gagal memberikan sebarang bukti terhadap kenyataannya.  Kami juga ingin menjelaskan, bertentangan dengan dakwaan Mr. Vaupel itu, kami telah pun menjawab pertanyaan awalnya tentang perkara ini pada. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk berkongsi pandangan dan rasa tidak puas hati mereka kepada kami, tidak akan bertoleransi dengan tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk melindungi hak kami.

Perodua-Myvidashboard

 

Previous post

Menunggu Lancer Baharu? Jangan.

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Talking Heads – ‘Once In A Lifetime’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *