Cerita Auto

Menunggu Lancer Baharu? Jangan.

Model Lancer telah menjadi salah sebuah kereta sedan Mitsubishi paling popular berdekad lamanya, mewakili bukan saja sebahagian besar kejuruteraan dan kerja rekaan yang diterapkan kepada kereta Proton diawal pengeluarannya, malah telah mewujudkan pengikutnya sendiri yang besar dalam akar umbi rally mereka.  Jadi adalah sangat mengecewakan ramai kerana Mitsubishi belum ada perancangan serius untuk plat nama.

Lancer-1

Baru-baru ini di Geneva Motor Show, Mitsubishi mempamerkan beberapa teknologi rangkaian pemanduan elektronik dan beberapa SUV. Itulah lebih kurang apa yang merangkumi pemikiran syarikat kereta Jepun kini. Yang menjadi mangsa dalam filosofi baru ini adalah model yang lebih ikonik seperti Lancer.

Ketua Pengawai Operasi Tetsuro Aikawa menyatakan bahawa Mitsubishi tidak akan membangunkan sedan baharu pada masa hadapan.  Beliau juga berkata kos yang terlibat dalam pembangunan Lancer baharu tidak mudah mendapat pulangan melihatkan persaingan segmen ini dalam pasaran.  Mitsubishi bertapak kukuh dalam kenderaan elektronik dan 4X4.

Lancer-2

Jadi apa akan berlaku pada Lancer? Buat masa ini, mereka merancang untuk terus menjual model yang ada selagi boleh dijual.  Ianya satu rancangan yang mungkin menjadi, tetapi walaupun kosnya diturunkan dengan ketara, agak sukar untuk melihat tarikan membeli kereta yang telah dikeluarkan hampir sedekad lalu.

Mitsubishi merasakan arah baru ini adalah yang terbaik untuk syarikat.  Namun, membahagikan fokus syarikat antara kenderaan SUV petrol dan tanpa-emisi memberikan gambaran samada Mitsubishi juga melindungi pertaruhannnya atau mengalami ‘dua personaliti.’  Dan yang lebih penting apa yang Subaru akan lakukan dengan ketiadaan Evo baharu untuk bersaing?

Lanceroutlander-4

 

Previous post

Ianya bukan secepat mana ...

Next post

Risiko Keselamatan Perodua Myvi & Alza Tidak Berasas. Siapa Mr. Vaupel?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *