Gaya Hidup

Mengisi Minyak Diwaktu Malam Menjimatkan, Betul atau Mitos?

Bila bercakap tentang mitos penjimatan minyak paling popular di Asia, rupanya rakyat Malaysia (64%) adalah yang paling percaya mengisi minyak di waktu malam boleh menjimatkan bahan api, ini diikuti dengan Filipino (57%) dan India (54%).  Secara purata, hampir setengah (49%) pemandu di Asia percaya ianya adalah cara terbaik untuk mengisi minyak di waktu malam kerana suasana sejuk.  Ini telah didedahkan oleh Shell FuelSave Fact or Fiction Study baru-baru ini di Shell Eco-marathon Asia di Manila, Filipina.

Mengulas tentang mitos yang diperkatakan, Mike Evans, Saintis Shell Fuel, menjelaskan, “walaupun cecair mengembang dan mengecil apabila panas dan menyejuk, bahan api disimpan dibawah jumlah pukal sebanyak 10,000 liter atau lebih.  Maka, impak pada turun naik dalam suhu luar semasa siang mempunyai impak minimal pada jumlah bahan api.  Oleh itu, mengisi minyak pada malam hari tidak akan membantu menjimatkan bahan api.”

Shell FuelSave Fact or Fiction Study menganalisis tentang tingkahlaku 7,000 pemandu berumur 18-40 tahun dari tujuh Negara di Asia (India, Malaysia, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) tentang kepercayaan dan tingkahlaku mereka terhadap kecekapan penggunaan bahan api

Kajian tersebut juga menunjukkan secara purata, 7 dari 10 pemandu memanaskan enjin mereka, hampir setengah (47%) menghidupkan penghawa dingin untuk mengelakkan rintangan angina dan 34% percaya mengeluarkan angin pada kereta boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Di Malaysia, mitos penjimatan bahan api yang mana paling dipercayai?

Ada rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh untuk menjimatkan bahan api dan mengurang kos pemanduan.  Sebagai contoh, 68% pemandu percaya memanaskan enjin mereka sebelum bergerak boleh menjimatkan minyak, manakala 64% berfikiran jika mengisi minyak waktu malam yang lebih sejuk juga akan mendapat faedah yang sama.

Persamaannya, ramai pemandu merasakan mereka menjimatkan bahan api bila mereka membiarkan enjin hidup untuk elakkan menghidupkan semula enjin (53%), sentiasa menukar gear rendah dan tinggi (53%), dan memandu perlahan setiap masa (42%). Aapa yang mengejutkan, hampir satu pertiga (35%) percaya melepaskan udara dalam tangka minyak boleh menjimatkan bahan api.

Mengulas hasil kajian tempatan, Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, berkata: “The Shell FuelSave Fact or Fiction Study, adalah sebahagian dari program kami tentang mobiliti pintar, menunjukkan bagaimana pentingnya penjimatan minyak pada pemandu, dan juga cara hebat mereka mendapatkan kecekapan penggunaan bahan api.  Beberapa kepercayaan dari kajian tersebut mendedahkan ianya satu pembaziran daripada membantu menjimatkan, dan di sini Shell boleh membantu rakyat Malaysia.”

Untuk membantu membezakan antara fakta dari fiksyen, Shell mencuba untuk mengubah kepercayaan mitos pengikut menjadi lebih profesional dalam kecekapan pengunaan bahan api dengan menunjukkan cara yang lebih efektif untuk memandu dengan bijak.  Mereka juga digalakkan menggunakan FuelSave95 dan Diesel, bahan api yang direka untuk tahan lama – pilihan ideal untuk mereka yang mempunyai kesedaran tentang ekonomi bahan api.  Bahan api ini digandingkan dengan Shell V-Power 97 dan Shell V-Power Racing, yang direka untuk meningkatkan prestasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sains di sebalik Shell FuelSave dan mendapatkan  tip-tip mudah untuk membantu menguruskan kos permotoran, sila layari www.shell.com.my/targetonemillion

Previous post

Hyundai Elantra Facelift Tampilkan 14 Pembaikan & Naik Taraf Baharu

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Joe Flizzow - Apa Khabar ft. SonaOne

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *