Cerita Auto

Hyundai Elantra Facelift Tampilkan 14 Pembaikan & Naik Taraf Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan Elantra Facelift baharu di semua bilik pameran mereka seluruh dunia serta merta.  Ianya menampilkan 14 ciri-ciri pembaikan dan naik taraf baru, yang akan menjadikan kenderaan itu kereta C-segmen yang sempurna dalam pasaran.  Penampilannya lebih tajam berbanding model terdahulu dengan perubahan kecil pada luaran kereta.  Pembaikan keatasnya boleh dilihat pada ruang dalam kereta dengan pengenalan beberapa ciri-ciri maju yang baru.

ELANTRA-FL-Exterior-2

Keseluruhan saiz Elantra Facelift telah meningkat kepada 4,550 mm iaitu lebih panjang sebanyak 20mm dari model terdahulu, tetapi masih mengekalkan wheelbase.  Dengan tambahan 5mm bagi bumper depan dan 15mm bagi belakang, wajah baru baharu ini tampak lebih stabil dan seimbang.  Bumper depan yang direka baru, gril radiator, lampu kabus dan juga penggunaan *LED Light Guide dan *Projection Headlamps, menambahkan penampilan yang lebih dinamik dan berteknologi tinggi kepada Elantra.  Roda aloi yang direka semula dan kombinasi lampu belakang juga menyerlahkan imej kereta premium Elantra. (* LED Light Guide and Projection Headlamps boleh didapati untuk model 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja)

ELANTRA-FL-Exterior-3

Apabila melangkah masuk ke ruang kokpit dapat dirasai rekaan yang maju dan baharu. Pembaharuan yang jelas kelihatan termasuk peralihan lokasi liang penghawa dingin, Transmission Gear Shift (TGS Gear Knob baharu, *Flex Steer System pada stereng yang membolehkan pemandu untuk memilih dari normal, keselesaan atau mod sport, “liang penghawa dingin di belakang untuk keselesaan penumpang dibelakang, *MirrorLink Audio Visual Receiver dan *Supervision Cluster yang dinaiktaraf dengan paparan OLED 3.4 inci (Organic Light-Emitting Diode) untuk mudah membaca.  OLED ini lebih terang dari paparan jenis dot yang konvensional untuk meningkatkan bacaan lebih jelas dan penghantaran informasi.  (*OLED Display yang dinaiktaraf, Flex Steer System, Liang Air-conditioning belakangdan MirrorLink Audio Visual Receiver hanya terdapat pada varian 1.6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja)

ELANTRA-FL-Interior-2

Menurut Mr. Lau Yit Mun, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, pembeli kereta yang mencari segmen-C baharu akan berpuas hati dengan wajah baru Elantra.  “Versi baharu Elantra adalah sempurna dari setiap segi.  Selain dari mengekalkan ciri-ciri hebat pada Elantra asal, kami telah memasang ciri-ciri maju tambahan ke dalam wajah baru model ini,” jelas Mr. Lau

Wajah baru Elantra mengekalkan rangkaian kuasa sama dengan dua pilihan enjin, NU D-VVT 1.8 liter MPI dan Gamma 1.6 liter MPI D-CVVT.  Dipasangkan dengan transmisi enam-kelajuan dan kedua-duan enjin memberikan kuasa kuda yang lebih hebat sementara menjimatkan penggunaan bahan api.

ELANTRA-FL-Interior-1

Elantra juga menampilkan teknologi keselamatan aktif dan pasif terbaru untuk pastikan perlindungan yang maksimum untuk penumpang seperti badan Ultra-high Tensile Strength, ESC (Electronic Stability Control), ABS (Anti-lock Braking System), VSM (Vehicle Stability Management) dan HAC (Hill-Start Assist Control) – boleh didapati pada semua varian.  Varian 1.6 Premium dan 1.8 Premium dilengkapi dengan enam bag udara.

Untuk masa terhad (dari 5 Mac – 5 April 2015), pelanggan yang membuat pembelian Elantra FL 1.8 Premium akan ditawarkan servis percuma 3-tahun atau 60,000km (dengan selang 10,000 servis), yang mana berlaku dahulu.

Ianya juga boleh didapati dalam warna-warna menarik seperti Putih Creamy, Kelabu Carbon, Hitam Phantom, Perak Sleek dan Merah Tomato.

ELANTRA-FL-Exterior-4

Wajah baru Elantra boleh didapati dalam empat varian:

Elantra FL 1.6 Elegance – RM85, 888*

Elantra FL 1.6 Executive – RM 95,676*

Elantra FL 1.6 Premium – RM100, 546*

Elantra FL 1.8 Premium– RM114, 984.40*

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Steppenwolf 'Born To Be Wild'

Next post

Mengisi Minyak Diwaktu Malam Menjimatkan, Betul atau Mitos?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *