Gaya Hidup

Land Rover Defender XS 110 Mendapat Sentuhan Kahn

Tim pakar kereta di ‘Kahn’ telah menggunakan kepakaran mereka dalam tuning dan baikpulih ke atas model Defender XS 110.

Land-Rover-Defender-XS-110-khan2

Maka, muncul penampilan kontemporari tujuh tempat duduk dengan hitam Barolo ‘coat’. Bermula dengan bahagian depan kenderaan, ianya kini menampilkan gril X-Lander serba baru dan bumper yang digabungkan dengan lampu depan LED Diamond.  Ini juga kelihatan pada bahagian depan dan belakang wide wing arches dan bumper ‘sump guard mesh hood vents’ yang membantu mengurangkan suhu pada enjin.

Land-Rover-Defender-XS-110-khan4

Aset lain yang menonjol pada bahagian luaran yang ditingkatkan adalah roda yang dipanggil sebagai roda Mondial dan dicat warna Hitam Piano dengan sazi 9×20 inci dan dipasang dengan tayar 275x55x20.  Dibawahnya juga dapat dilihat angkup brek yang dicat.  Di bahagian belakang, terdapat sistem ekzos crosshair dan mud flaps yang kukuh.

Land-Rover-Defender-XS-110-khan5

Sebaik saja membuka pintu kenderaan, serta merta akan merasai kemewahan dalam SUV ini, hampir semua elemen dalamnya dari glove box hingga tempat duduk.

Mereka yang berada dalam ruang dalam yang direka baru akan seronok dengan ciri-ciri tambahan seperti jam Churchill dan kaunter rev fascia, sun visor Alcantra baru, pedal kaki aluminium dan stereng billet.

Land-Rover-Defender-XS-110-khan3

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Moby 'Extreme Ways'

Next post

Wajah Baru Range Rover Evoque 2016 DiPertunjukkan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *