Cerita Auto

Wajah Baru Range Rover Evoque 2016 DiPertunjukkan

Land Rover telah memperlihatkan wajah baru Range Rover Evoque 2016 yang datang dengan gaya dan mekanikal yang dinaiktaraf.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled5

Perubahan pada rekaan ketara pada bahagian depan di mana bumper diberi gaya baru, pengambilan udara yang lebih besar, gril yang diperbetulkan dan lampu depan mudah suai LED sepenuhnya. Terdapat juga tailgate spoiler baru, LED lampu belakang yang berlainan grafik dan rekaan roda aloi yang baru.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled6

Dalam kabin Evoque 2016 menerima selongsong pintu baru, tempat duduk dan sistem infotaimen yang diperbaharui dilengkapi dengan paparan skrin lapan inci.  Sistem All-Terrain Progress Control (ATPC) dipinjam dari Range Rover yang besar dan membantu Evoque mengekalkan kelajuan apabila menghadapi permukaan jalan yang sukar.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled7

Perubahan yang paling ketara adalah pada enjin di mana Evoque diberi wajah baru dengan enjin aluminium sepenuhnya Ingenium TD4 turbodiesel yang lebih ringan iaitu 20-30kg berbanding model sebelumnya dan akan ditawarkan dalam 2 tune: 150 HP dan 180HP.  Selain itu juga ditawarkan enjin Si4 turbocharged gasoline dengan 240 HP yang membantu Evoque mencapai 100km/sejam dalam masa 7.6 saat sebelum melepasi 217km/sejam.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled9

Dari segi keselamatan, Range Rover Evoque 2016 telah dipasang sistem bantuan kekal lorong dengan kamera digital stereo untuk mengesan pertukaran lorong yang tidak diingini dan bila ini berlaku, sistem akan secara automatik memastikan stereng mengekalkan kereta di lorongnya.  Terdapat juga sistem brek kecemasan autonomi yang boleh mengurangkan kesan keterukan dari hentakan dengan secara automatik menggunakan brek sekiranya pelanggaran berlaku.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled13

MY Evoque 2016 juga diberikan sistem bantuan jangkaan yang mengawasi input stereng untuk mengesan samada pemandu dalam risiko untuk terlelap semasa memandu.  Apabila ini berlaku, amaran visual dan bunyi penggera akan memberitahu pemandu.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled11

Dalam kabin kelihatan peningkatan dari tahap bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan sistem infortainmen baru dengan sistem perhubungan tambahan.  Maklumat lanjut akan dikongsikan pada pelancaran rasmi di Geneva Motor Show minggu depan.

Range-Rover-Evoque-facelift-unveiled10

 

Previous post

Land Rover Defender XS 110 Mendapat Sentuhan Kahn

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Lou Reed – ‘Take A Walk On The Wild Side’

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *