Konsep / Lakaran / Intipan

Kenapa Alonso Tidak Akan Berlumba di Perlumbaan Pembuka Musim Di Australia Hujung Minggu Ini.

Setelah sedar dari kemalangannya pada hari terakhir ujian pra-musim keduadi Litar de Catalunya Alonso dilaporkan percaya tahun (2015) ini adalah tahun 1995. “Saya Fernando, Saya dalam kart dan mahu menjadi pemandu Formula 1,” kata Alonso kepada doktor, menurut akhbar Le Pais.

Walau bagaimanapun, di tengah-tengah spekulasi yang berleluasa mengenai punca dan kesan-kesan kemalangan itu, bos McLaren Eric Boullier menegaskan bahawa ianya tidaklah sedramatik yang digambarkan.

Boullier memberitahu Sky Sports, “Ia hanya satu gegaran biasa dengan hilangan ingatan sementara. Ia bukan seperti yang anda baca di media. Semuanya kembali normal, Apabila anda terkena gegaran di kepala, anda perlu menghormati tempoh pemulihan 21 hari yang di tetapkan. Para doktor telah menasihati kami dan kami akan ikutinya.”

Ditanya bagaimana Alonso akan membuktikan kesesuaiannya untuk kembali di Malaysia, Boullier menjawab: “Akan ada ujian perubatan yang akan diadakan untuk menilai reaksinya. Mereka telah mula dan segala-galanya adalah normal. Kami sedang memantau sehingga keakhir masa pemulihan. Kami mahu dia di dalam simulator bukan untuk menguji dia tetapi untuk mengemaskini dia pada apa yang telah kami lakukan sejak dua minggu lepas.”

 

Tweet Alonso:

11036530_893379417379924_3565237815290624558_o

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Meet Uncle Hussein – ‘Lagu Untuk Mu’

Next post

Kedai Roti Canai Hot Hot @ Kuala Terengganu #JejakMakanRoss 009 dengan Hyundai Sonata

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *