Jejak Makan

Kedai Roti Canai Hot Hot @ Kuala Terengganu #JejakMakanRoss 009 dengan Hyundai Sonata

Terus terang saya cakap kalau di Kuala Terengganu memang susah nak cari kedai makan mamak. Susah nak cari roti canai mamak. Sebelum Mydin menyerang Terengganu memang tak ada. Itulah yang saya ingat. Dalam lebih dari setengah abad saya berulang alik ke Kuala Terengganu tidak ada sesiapapun yang bagi tahu saya memang ada SATU kedai roti canai mamak yang original. Mamak terus dari India. Seorang wanita pulak tu. IMG_0001 Bila di beritahu saya pun terus mengesa saya di bawa kesana tapi tak menjadi. Pergi balik pergi balik, KL – KT tiga empat kali  barulah saya akhirnya dapat mengunjungi kedai ini. Itu pun kerana saya berjalan – jalan dengan kereta Cuba Try semasa saya masa itu, Hyundai Sonata 2.0 MPi Dual CVVT Executive Baharu. IMG_0007 Kerana kesuntukan masa, saya pergi mencari kedai ini pada pukul 11 malam. Di Terengganu, 11 malam, adalah waktu kebanyakan rumah tangga  dah bersedia nak tidur. Kita orang KL baru nak keluar. IMG_0006 Dengan pertolongan WAZE mencarinya tak susah. Abang saya sebut WAZE – Wah-Zee. IMG_0017 Mak saya kata pergi sana cuba roti canai dia dan juga karipap dia. Sampai saya di sana saya terus pakir Sonata  di depan kedai. Ada yang bertanya kereta apa yang saya bawa. Mereka ingat ianya kereta jenama Jerman. IMG_0041 Setelah berada di Kuala Terengganu selama dua hari, makan nasi berlauk dan gulai hari hari memang sedap tapi ada juga keinginan nak pekena makanan lain pula dan roti canai adalah satu prospek yang sangat menarik. Saya terus mintak 2 roti canai, dua karipap dengan teh tarik. IMG_0045 Kerana ia datang segar dan panas dan juga lidah saya dah puas makang nasi dagang … roti canai tu sedaplah. Sejuk tak sedap. Kena panas. Nama kedai pun Kedai Roti Canai Hot Hot. Sekejap saja habis licin semua. IMG_0050 Masuk balik Sonata macam Datuk balik rumah 12 malam. Tidur. Puas. Harga Roti Canai 0.90 satu. IMG_0046 IMG_0030 IMG_0038 IMG_0047   Gohed Gostan Rating:

three-stars

 

#RossEatBeat #JejakMakanRoss 009 dengan Waze: http://waze.to/lr/hw2cqd3g44

Previous post

Kenapa Alonso Tidak Akan Berlumba di Perlumbaan Pembuka Musim Di Australia Hujung Minggu Ini.

Next post

Mercedes AMG GT3 Dipamerkan di Geneva

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *