Cerita Auto

Hyundai Tucson SUV, Pemasangan Tempatan Berharga RM115,888

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengeluarkan versi pemasangan tempatan Tucson 2.0L, SUV saiz pertengahan Hyundai dari kilang Inokom di Kulim.

Tucson yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2014, telah terkenal seluruh dunia dengan pencapaian jualan lebih dari 2 juta unit.  “Tucson adalah model paling popular Htundai dan kami telah memperkenalkan model pemasangan tempatan ini untuk memudahkan akses kepada rakyat Malaysia,” kata Mr. Lau Yit Mun, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors.

Hyundai-Tucson_Sport_1

Tucson pemasangan tempatan ini menggabungkan beberapa ciri-ciri yang naiktaraf seperti LED Daytime Running Lights, dan tempat duduk kulit pada semua variannya.  Tanpa sebarang perubahan pada hud, Tucson 2.0L mengekalkan enjin 2.0 NU yang menghasilkan 158 hp pada 6,200rpm.

Pilihan warna menarik Tucson adalah Pure White, Titanium Grey, Hyper Metallic, pepper Grey dan warna eksklusif untuk varian sport iaitu Remmington Red, Phantom Black Sleek Silver dan Platinum Silver.

Tucson pemasangan tempatan ini boleh didapati dalam dua varian iaitu:

NU 2.0 Elegance – *RM115, 888

NU 2.0 Sport – *RM132, 888

*Harga tidak termasuk premium insuran, cukai jalan, yuran pendaftaran dan sewa beli pemilikan;  dan hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

HSDM menawarkan tambahan waranti 5 tahun atau 300,000km (yang mana dulu berlaku) pada semua pemebli kereta baharu ini.  Servis bantuan 24 jam juga disediakan untuk kenderaan Hyundai baharu dan yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan boleh melawat outlet jualan terdekat atau hubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-200.

Hyundai-Tucson_Sport_Back

Previous post

Kesan GST Keatas Kereta Baharu & Terpakai di Malaysia

Next post

Infiniti Lancarkan QX80 Untuk Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *