Berita Auto

Infiniti Lancarkan QX80 Untuk Malaysia

Sejak Infiniti menukar skim nama ‘model-enjin kapasiti’ lama mereka, sukar untuk kita sesuaikan diri dengan barisan model mereka.  Model QX merujuk kepada SUV bersaiz besar mereka, yang agak unik antara model SUV mewah yang diwarkan di pasaran kita.

QX80-1

Ianya kombinasi model klasik mereka, enjin beraspirasi semulajadi berkapisiti tinggi bersama pilihan gaya tersendiri.  Infiniti membuat kereta unik yang bukan terlalu dalam jangkauan atau ortodok untuk duduk sebaris dengan kereta mewah yang ada.  Seperti berjumpa saudara semasa berkumpul pada hari perayaan – tidak sepertinya paling bergaya, tetapi selalunya ada cerita menarik untuk diceritakan.

QX80-V81

QX80 adalah model terbesar dalam barisan Infiniti, mampu memuatkan hingga 8 orang.  Terdapat pilihan enjin tunggal: enjin 5.6 liter direct injection V8 motor, menghasilkan 405 hp dan tork 560Nm.  Enjin V8 dipadankan dengan transmisi automatic 7-kelajuan yang lancar dengan Adaptive Shift Control (ASC) dan manual shift mode dan Downshift Rev matching (DRM).

Ditawarkan secara standard dengan pemanduan pacuan empat roda, dan menampilan sistem terbukti dari Infiniti iaitu sistem 4WD dengan mod Auto, 4H dan 4L.  Sistem ini direka untuk mengedarkan tork ke empat-empat roda apabila keadaan jalan membenarkan (hingga 50% pada roda depan atas permintaan), membantu untuk meningkatkan cengkaman.

QX80-interior-11

Sistem Hydraulic Body Motion Control diperkenalkan buat pertama kali pada kenderaan Infiniti.  Sistem ini membantu mengurangkan badan kereta senget semasa membelok, untuk pemanduan yang lebih selesa. Menggunakan silinder hidraulik pada shock absorbers (dihubungkan melalui paip silang dan dua akumulator), ianya melaraskan rol kaku dengan membenarkan pemindahan cecair antara sisi kiri dan kanan kenderaan melalui berat pasif berpindah semasa memandu normal.  Ianya juga membantu kurangkan kejutan bonggol dengan menetapkan pantulan dan daya redaman rol secara berasingan.

QX80-interior-2

OX80 menawarkan sistem hiburan dan audio yang maju.  Sistem audio Bose Cabin Surround dengan 5.1-encoding, 15-speaker, pemain single in-dash DVD/CD dengan MP3, USB port untuk guna iPod Interface atau peranti serasi yang lain dan Streaming Audio melalui Bluetooth.  Terdapat juga paparan skrin sesentuh warna 8 inci resolusi tinggi, headrest monitor warna dual 7 inci, dua pasang wireless headphones, wireless remote control.  Sistem ini membenarkan playback mainan video atau filem di belakang, manakala penumpang depan mendengar audio dalam masa yang sama.  Dua monitor 7 inci termasuk sistem auto-bright yang melaraskan untuk waktu siang, mendung/petang dan malam/lampu terowong.

QX80-3

Sebagai penyudah QX80, empat warna badan kereta boleh dipilih – Putih Majestic, Graphite Shadow, Hitam Currant and Hitam Obsidian.  Warna dalam pula adalah graphite dengan tempat duduk kulit dengan trim Stratford Burl.  Diimport sepenuhnya dari Jepun.  Harga jualan atas jalan tanpa insuran adalah RM799,000 untuk pendaftaran personal atau RM799,200 untuk pendaftaran syarikat.

QX80-5

Previous post

Hyundai Tucson SUV, Pemasangan Tempatan Berharga RM115,888

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Meghan Trainor 'All About That Bass'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *