Cerita Auto

Kesan GST Keatas Kereta Baharu & Terpakai di Malaysia

Harga baru kereta dijangka akan lebih murah selepas GST diimplemenkan.  Buat masa ini, kereta baharu adalah tertakluk kepada 10% untuk jualan dan cukai perkhidmatan tetapi ini akan diganti dengan GST yang hanya 6%.  Ini secara tidak langsung mengurangkan harga kereta baharu dengan cukai jualan rendah, tetapi sukar untuk mengandaikan bahawa kereta baharu akan lebih murah 4% selepas implementasi GST.  Nilai rendah ‘sebenarnya’, paling baik mungkin antara 1.5% kepada 2%.  Contohnya, kos kereta kini RM100,000 (pra-GST)mungkin akan dijual dari RM98k hingga 98,500.00 (selepas GST) dari April 2015.

audi_r8_v10

Berkenaan kereta terpakai atau pra-milik, situasi sama mungkin tidak boleh digunapakai.  GST akan beri kesan teruk kepada industri kereta terpakai yang ketika ini agak lembab di Malaysia.  Buat masa ini, kereta terpakai tidak tertakluk kepada Cukai Jualan dan Khidmat (SST) dan bukan item sifar GST.

bmw_m6

Maka, kereta terpakai atau pra-milik akan tertakluk kepada tambahan 6% selepas implementasi GST pada awal April 2015.  Sebagai contoh, sebuah kereta terpakai kini dijual pada harga RM100,000 (pra-GST) mungkin akan dijual pada harga RM106,000.00 (selepas GST) dari April 2015.

mini_john_cooper_works_gp

Previous post

Perlumbaan Di Jerman Musim 2015 Dibatal

Next post

Hyundai Tucson SUV, Pemasangan Tempatan Berharga RM115,888

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *