Toyota Lancarkan Kempen Next One
Jelas sekali Toyota sedang menjalani anjakan paradigma yang besar, terutamanya dengan pengurusan atasan. Mungkin bagi mereka yang telah bekerja untuk Toyota selama satu atau dua dekad akhirnya telah mencapai pangkat yang tinggi untuk membuat keputusan besar yang melibatkan imej korporat. Apa pun, Toyota telah mula mengambil langkah yang menjadi tanda Tanya, seperti keputusan untuk kembali menyertai rally. Kegiatan sukan permotoran mereka lebih terpencil untuk perlumbaan TMG (Toyota Motor GmbH) and Gazoo dan yang seumpamanya, di mana ianya lebih kepada gabungan dengan Toyota daripada menjadi teras utama syarikat.
Tetapi Toyota sendiri telah melancarkan laman web Nex One, sebagai sebahagian dari kempen mereka untuk membangunkan kereta baharu mereka. Dari sedikit informasi yang didapati, projek Next One melibatkan perjalanan 18,000 km disepanjang Australia, merentasi pelbagai rupabumi. Objektif projek ini adalah untuk mencari inspirasi dan untuk menyesuaikan model mereka untuk cuaca dan keadaan di Australia, walaupun sukar untuk mengatakan jika mereka akan mengembangkan projek ini secara global untuk membangunkan model khas buatan tempatan dalam pelbagai Negara.
Apapun, ini adalah videonya:
Seperti yang anda dapat lihat, Toyota pantas mengambil kesempatan daripada warisan AE86 mereka sebagai ikon budaya, serta keseronokan semangat memandu – mungkin satu-satunya yang konsisten dalam kehidupan protagonis muda ini di tengah-tengah kesedihan hati dan kesusahan. Ianya sebuah karya yang membangkitkan emosi mendalam yang jarang dipersembahkan oleh syarikat Jepun.
No Comment