Cuba Try

Kajian Uji Pandu Audi A3 1.8 TFSI Sedan

dsfWP_20141122_15_39_36_Pro1

Perkara pertama yang anda akan lihat adalah rekabentuk menarik yang mengikut rangkaian model Audi.  Kami mencari kesemua ciri-ciri yang meraih markah tinggi pada model sedan ini yang telah berjaya mengalahkan banyak saingannya untuk  menjadi kereta global tahunan.

dsfWP_20141122_15_40_16_Pro

Dashboard dipinjam dari rekaan TT, juga ruang udara bulat dan dail bingkai krom.  Sistem operasi MMI mempunyai skrin tambahan elektronik, terminal terletak di konsol pada tengah dashboard.  Ianya menampilkan paparan skrin 5.8 inci resolusi tinggi dan sebagai tambahan pengalaman memandu, kawalan MMI baharu diletakkan pada posisi belakang gear shift.  Selain dari itu, kenderaan ini juga dilengkapi dengan sistem perhubungan Audi Music Interface iPod, sistem Informasi Pemandu dan Bluetooth telefon mudah alih  interface.

dsfWP_20141122_15_41_08_Pro

Ianya adalah kereta pereka yang jelas menunjukkan ketajaman dan keberanian.  Ya, model ini agak kecil jika dibandingkan dengan model sebaris dengannya, VW Jetta dan mereka berkongsi rangkaiankuasa yang sama.

dsfWP_20141122_15_42_01_Pro

Cara pemanduan sangat mengagumkan dari mula bergerak.  Bunyi enjin kurang kedengaran dari dalam kereta.  Tindakbalas pusingan stereng semasa dalam kelajuan amat baik.  Model Audi ini jelas jauh lebih baik dari saingannya kerana revolusi D Tronic Dynamic Shify Gearbox shifts yang pantas dan tepat untum mendapatkan kompromi kuasa dan kecekapan bahan api.

dsfWP_20141122_15_43_48_Pro

Gearbox S Tronic berdasarkan turutan kotak gear manual tetapi menggunakan sistem klac kembar pintar untuk pastikan kelancaran yang baik.   Masukan gear pertama dan kotak gear akan pra-masukkan gear kedua terlebih dahulu, di mana klac kedua akan terus dimasukkan sebaik saja anda mahu masuk ke gear kedua. Pilihan lain adalah apabila anda mahu menukar ke ‘D’ dan memandu secara normal automatik.  Walaupun dalam mod ini, ianya tetap lancar.

dsfWP_20141122_15_38_22_Pro

Spesifikasi Audi A3 Sedan 1.8TFSI

Enjin: 4-silinder Turbo secara langsung

Anjakan : cc

Transmisi: 7-Kelajuan S-Tronic

Kuasa Maksimum:180bhp @ 5000-6000rpm

Tork Maksimum: 250Nm @ 1400-4000rpm

Puncak Kelajuan : 235km/sejam

0-100km/sejam:6.8saat

Harga: RM240,888.00

dsfWP_20141122_15_38_49_Pro

dsfWP_20141122_16_44_32_Pro

dsfWP_20141122_15_40_04_Pro

 

Previous post

Honda Memperkenalkan Varian Terkini (2.0L 2WD) Ke Dalam Barisan Model CR-V Baharu. Dari RM135,143.40

Next post

Ford Focus RS Dengan Kuasa 315bhp Mustang  Untuk 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *