Psst!

Infiniti QX30 Compact SUV menyaingi Audi Q3 & Mercedes GLA

Infiniti baru sahaja menyiarkan foto penuh konsep crossover QX30 sebelum debut crossover kompak ini pada pameran auto Geneva yang akan datang. Jenama mewah Nissan, berkata konsep ini “mengisyaratkan kenderaan kompak premium masa depan dan petanda kuat komitmen jenama ini untuk segmen ini.”

Infiniti-QX30-1

“Kami mahu kebendaliran spontan reka Konsep QX30 untuk menembusi kekusutan bandar dan ketegaran, mencerminkan sifat pergi-mana-mana sahaja dan bila-bila masa kereta ini.” Kata Alfonso Albaisa, pengarah eksekutif reka bentuk Infiniti. “Konsep QX30 telah direka untuk membuat penghuninya merasa selamat dan dilindungi di dalam, dan pelanggan boleh memandu dalam atau di luar bandar tanpa perlu bimbang chrome tercalar atau tidak.”

Infiniti-QX30-2

QX30 ini akan dipertontonkan pada 3 Mac semasa sidang akhbar Infiniti dipameran Geneva dan disasarkan kepada segmen yang diketuai oleh Mercedes GLA dan Audi Q3 ketika ini.

Infiniti-QX30-4

 

Infiniti menjangkakan jualan QX30 dan adik hatchbacknya Q30, akan meningkat dengan ketara di Eropah. “Mereka akan membuat letupan besar. Kereta premium padat adalah segmen premium terbesar di Eropah. Kira-kira 2.4 juta kereta premium yang dijual setiap tahun di Eropah barat dan 1.2 juta adalah kompak.

Infiniti-QX30-5

Previous post

Range Rover Evoque Talaan LARTE Design

Next post

Masa Tidak Rasmi Testing Hari Kedua (Jumaat) Di Barcelona

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *