Cerita Auto

Hyundai Sonata Dengan Kabin Ergonomik Serba Baharu

Yakin, garisan yang bertenaga mentakrifkan rekabentuk luaran Hyundai Sonata 2015 yang serba baharu dan dikomplemen dengan dalaman kabin oleh rekaan dalaman yang premium dengan penekanan khusus pada ergonomik.  Butang dan kawalan yang intuitif diletakkan pada bahagian tengah, pada sudut yang mengadap pemandu untuk memudahkan kawalan bila mencapainya.  Teras prinsip reka bentuk dalaman Hyundai adalah keselamatan, gerak hati dan kesederhanaan dan Sonata memberikan segala kelengkapan.

Pengawalan digrupkan secara logik dan diletakkan pada posisi yang paling mudah untuk pemandu.  Untuk mencipta rekaan dalaman, pereka berjumpa dengan pelbagai pembekal untuk pastikan kesemua butang dan switchgear mempunyai rasa yang konsisten.  Ketinggian paparan skrin untuk paparan audio dan kelompok instrumen dioptimumkan untuk penglihatan untuk meningkatkan kebolehbacaan semasa mengimbas dengan pantas.  Peningkatan ergonomik ini membantu pemandu kekal fokus dijalan dan memberikan keyakinan semasa memandu.

Kesemua komponen dalam kabin telah diperiksa dan peluang untuk pembaharuan telah ambil serius.  Sterengnya juga melalui ujian yang intensif untuk memastikan diameter yang ideal, bentuk dan sentuhan untuk memaksimumkan keyakinan pemandu.  Pembaharuan pada rekaan stereng dan perubahan pada susun atur keperluan kelompok instrumen yang diperlukan pada rekaan kolum stereng baharu.  Pereka dan jurutera berusaha keras untuk setiap inci ruang dalaman bagi memastikan ianya selamat, intuitif dan mudah sebaik mungkin dan memberikan ciri-ciri mudah dengan estetik yang memuaskan.

hyundai-sonata-2015-interior1

 

Previous post

Haiwan. Langgar Atau Elak?

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Queen 'Don't Stop Me Now'

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *