Gaya Hidup

Haiwan. Langgar Atau Elak?

Ini adalah soalan rumit untuk dijawab dengan penuh yakin.  Walaupun apapun, tindakan setiap orang berbeza bila menghadapi situasi panik.

Jika ianya haiwan kecil teruskan perjalanan…. Sedih tapi betul, samada menjaga keselamatan haiwan atau anda dan penumpang…siapa yang lebih penting ketika itu?  Fikirkanlah.  Anda cuba mengelak haiwan kecil dan terus masuk parit atau lebih buruk, anda terlanggar kereta yang datang dari depan.

accident-avoidance

Jika ianya haiwan besar, anda perlu mengelak dengan membrek dan mengemudi pergi, dengan buat keputusan cepat samada haiwan itu akan menerjah ke arah yang anda cuba elak.  Ini adalah situasi yang memerlukan anda bertindak pantas.

Untuk saya, saya akan brek kuat dan tuju ke tengah haiwan itu jika ada trafik disebelah kanan saya dan jika tiada ruang sebelah kiri untuk saya memandu terus.

accident-avoidance1

*Saya sendiri pernah melanggar lembu di jalan kampong.  Masa itu ada penunggang motorsikal dengan keluarganya membonceng dan sebuah kereta dibelakang mereka dan di sebelah kanan saya ada kedai kopi kampong dengan orang ramai sedang duduk minum disitu.  Melanggar lembu itu telah membuatkan kereta saya kemek dan mencederakan lembu itu… tetapi tiada sesiapa yang tercedera dan paling penting tiada kanak-kanak yang cedera.  Saya bayar harga lembu itu kepada pemiliknya dan berjaya meneruskan pemanduan dengan kereta saya yang rosak ke kedai baiki kereta untuk membaikinya.

*Pengalaman Daniel Fernandez. Editor dsf.my

accident-avoidance3

Previous post

Kempen Pemeriksaan Dan Pembaikan Percuma Beberapa Proton Inspira Tertentu

Next post

Hyundai Sonata Dengan Kabin Ergonomik Serba Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *