Psst!

Divisyen Tol IJM Edar 2,000 Kad Touch ‘n Go Percuma Pada 18 & 19 Feb

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Pihak pengurusan Divisyen   akan mengedarkan 2,000 keping kad Touch ‘n Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya pada 18 dan 19 Feb ini bagi menggalakkan penggunaan lorong elektronik dalam memastikan aliran trafik yang lancar.

Pengedaran kad Touch ‘n Go sempena sambutan Tahun Baru Cina itu akan dilakukan di Plaza Tol Pantai Dalam, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) mulai pukul 4 petang pada 18 Feb, menurut kenyataannya hari ini.

codeMain

Lokasi lain ialah di Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) mulai pukul 10 pagi pada 19 Feb.

Selain itu, pengguna yang menuju ke selatan akan turut menikmati diskaun tol 10 peratus di Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) bagi kenderaan kelas satu pada 19 Feb dari pukul 12.01 pagi hingga 12 tengah malam.

— BERNAMA

map

Previous post

Kumpulan Volkswagen Bersedia Untuk 2015 Yang Mencabar

Next post

Pengangkutan Drones Bakal Tiba

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *