Berita Auto

Kumpulan Volkswagen Bersedia Untuk 2015 Yang Mencabar

Jenama kereta penumpang Volkswagen menghantar 507,100 kenderaan kepada pelanggannya seluruh dunia dalam bulan pertama tahun ini, penurunan sebanyak 2.8 persen untuk bulan yang sama tahun lepas.  “ Penghantaran oleh jenama kereta penumpang Volkswagen menunjukkan kami sedang melalui tahun yang mencabar.  Volkswagen tidak terkecuali dari ketidaktentuan di beberapa rantau yang berterusan hingga ke tahun ini,” komen Christian Klinger, Ahli Lembaga untuk Jualan dan Pemasaran Kumpulan Volkswagen an Jenama Kereta Penumpang Volkswagen pada hari Rabu lalu.

volkswagen_golf_r_touch_2

Pembangunan dalam situasi penghantaran seluruh dunia dalam bulan pertama tahun ini adalah bercampur-campur.  Jenama Kereta Penumpang Volkswagen menyerahkan lebih 124,900 (126,100; 1.0 persen) kenderaan kepada pelanggan pada pasaran Eropah keseluruhannya dalam bulan Januari.  Jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lepas, sejumlah 66,100 (66,200; – 0.1 persen) unit telah dihantar di Eropah Barat (kecuali Jerman).  Syarikat itu telah menyerahkan lebih 42,900 (41,400;+3.4 persen) kenderaan di Jerman.  Sejumlah 15,900 (18,500;-14.2 persen) pelanggan mengambil kereta Volskwagen mereka di Timur dan Tengah Eropah dalam bulan Januari, di mana 6,200 (8,600;-28.3 persen) unit telah dihantar ke Russia.

Jenama itu menghantar 282,000 (285;-1.2 persen) kenderaan di Rantau Asia Pasifik dalam bulan Januari, di mana sejumlah 265,900 (267,800;-0.7 persen) telah diserahkan kepada pelanggan di China (termasuk Hong Kong).  Sebaliknya, penghantaran di rantau Amerika Utara meningkat kepada 41,800 (39,700;+5.3 persen).  Volkswagen menyerahkan lebih 23,500 kenderaan kepada pelanggan di Amerika Syarikat, menyamai jumlah pada bulan Januari  tahun lepas.  Kereta Penumpang Volkswagen menghantar 45,200 (55,200;-18.1 persen) unit di rantau Amerika Selatan, di mana sejumlah 34,200 (40,300;- 15.2 persen) telah diserahkan kepada pelanggan di Brazil.

volkswagen_beetle_1

 

Previous post

Tim Pengembaraan Ford Lanun Darat

Next post

Divisyen Tol IJM Edar 2,000 Kad Touch 'n Go Percuma Pada 18 & 19 Feb

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *