Gaya Hidup

Rangkaian Michelin X MULTI Baru

Ketahanan & mobiliti tiada tandingan dalam segala jenis keadaan jalan

Michelin, pemimpin pasaran dalam teknologi tayar, melancarkan inovasi terbarunya di pasaran Asia, rangkaian tayar MICHELIN X Multi baru, merangkumi tiga tayar tanpa tiub lengkap yang direka bentuk untuk jarak dekat hingga sederhana terutamanya pengendalian di jalan tempatan, jalan negeri dan lebuh raya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

MICHELIN X Multi Z, MICHELIN X Multi D dan MICHELIN X Multi T adalah generasi terbaru tayar Trak dan Bas MICHELIN yang direka bentuk khusus untuk perniagaan yang memerlukan ketahanan dan mobiliti tiada tandingan untuk pelbagai aktiviti di atas semua jenis jalan raya.

Tayar-tayar MICHELIN X Multi menawarkan tahap keselamatan yang tinggi untuk pemandu, barang muatan dan penumpang, tanpa mengorbankan  ketahanan yang diperlukan untuk beroperasi dalam pelbagai  jenis keadaan jalan yang berbeza.

Reka bentuk MICHELIN X Multi yang unik meningkatkan kestabilan kenderaan manakala platform pemunggahan yang lebih rendah memudahkan operasi memuatkan dan memunggah barangan, dengan demikian membolehkan lebih banyak jumlah muatan, dan seterusnya membantu pelanggan mencapai potensi perniagaan.

image002

Rangkaian MICHELIN X Multi juga menawarkan kos operasi lebih rendah, dengan keupayaan untuk digunakan “berbilang-hayat” dengan dicelup and dialur semula kerana dilengkapi rangka dan zon kumai yang lebih kukuh. Ia juga kurang rintangan guling, lantas menjimatkan penggunaan bahanapi.

“Atas usaha pasukan penyelidikan dan pembangunan Michelin, rangkaian tayar MICHELIN X Multi menjanjikan prestasi yang lebih baik dari segala aspek, tanpa mengorbankan ciri-ciri utama tayar MICHELIN, termasuk ciri-ciri keselamatan, penjimatan tenaga dan kos pemilikan lebih rendah.

Gabungan prestasi daripada rangkaian tayar MICHELIN X Multi membuktikan “MICHELIN Total Performance” yang menjamin keperluan pelanggan kami dipenuhi apabila menggunakan tayar MICHELIN”, kata Beltran Yturriaga, Pengarah Urusan Michelin Malaysia.

Rangkaian tayar tanpa tiub MICHELIN X Multi boleh didapati dalam saiz 11R22.5, 12R22.5, 275/70R22.5 dan 295/80R22.5 di Malaysia mulai Januari 2015.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Previous post

Kempen Merah Rebet Tahun Baru Cina Volkswagen

Next post

Porsche Melancarkan 2 Model @ Detroit Auto Show

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *