Berita Auto

Porsche Melancarkan 2 Model @ Detroit Auto Show

Sebagai pameran motor pertama bagi tahun ini, setiap pengeluar berminat untuk mempamerkan kereta terbaharu dan terhebat mereka termasuk Porsche yang akan melancarkan dua varian baharu mereka untuk turutsama dalam rangkaian model bagi 2015 : Cayenne Turbo S dan 911 Targa 4 GTS.

Porsche-3

Pembaharuan dalam Cayenne Turbo S adalah pengecasan turbo bersepadu yang pelbagai, sama seperti yang didapati pada enjin Ecobboost.  Terima kasih kepada cara pengeluaran baharu yang mengurangkan kerumitan kepelbagaian baharu ini, pengecasan turbo bersepadu yang pelbagai telah memungkinkan pemasaran secara besar-besaran.  Faedah intergrasi ini adalah kurang turbo lag dan kecekapan yang lebih baik, tindak balas yang diperbaharui dan penghasilan kuasa keseluruhannya.  Kuasa naik hingga 20hp dan tork naik ke 50 Nm kepada jumlah 520hp dan 800 Nm.  Pecutan dekad ini lebih 4.1 saat.

Kuasa brek juga diperbaharui dengan brek piston-10 karbon seramik pada bahagian depan, mengapit pada disk 420 mm.  Brek belakang adalah unit piston-4 mengampit disk 370mm.  Sebagai rangkaian teratas, Cayenne Turbo S mempunyai rangkaian bantuan elektronik dan ciri-ciri yang sepenuhnya sama seperti Porsche Dynamic Light System Plus.

Porsche-4

911 Targa 4 GTS adalah varian yang baharu sepenuhnya.  8% dari varian 911 yang dijual adalah dari varian Targa.  Untuk mentafsirakan namanya : Targa merujuk kepada jenis rekabentuk badan dengan bumbung yang boleh dibuka, yang sembunyikan bumbung kereta tetapi mengekalkan bahagaian belakang bumbung.  “4” merujuk kepada pacuan empat roda, yang memberikan tambahan kestabilan untuk pemandu yang mahukan keselamatan dalam hidup mereka.  Manakala ‘GTS’ merujuk kepada prestasi tinggi varian dalam rangkaiannya, dipendekkan menjadi GT3 tag.

Enjin GTS menjana 430hp, secara kasar 30hp lebih dari tahap enjin ‘S’ yang standard.  Pakej Sport Chrono diberi sebagai standard, juga semua bantuan elektronik.  0-100 hanya dalam masa 4.1 saat – juga lebih pantas dari varian 911 S.  Gaya mengikut varian GTS yang mengkhususkan ambang roda dan tayar yang lebar – juga mengikut model semulajadi 911 Turbo. Kemewahan termasuk sekali dengan 4-cara pelarasan kerusi dan tambahan kepada penahan tempat kepala.

Porsche-1

 

Previous post

Rangkaian Michelin X MULTI Baru

Next post

Edisi Terhad Land Rover Defenders

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *