Cerita Auto

Edisi Terhad Land Rover Defenders

67 tahun telah berlalu sejak unit pertama siri 1 dikeluarkan di kilang pemasangan Solihull.  Kini telah tiba edisi terhad yang ditunggu-tunggu iaitu model Land Rover Defender sebagai menyambut citi-ciri kenderaan yang versatil itu.

land-rover-defender-Special_2

“Kami mahu mengakhiri pengeluaran Defender di Solihull dengan edisi khas tetapi untuk mencipta satu identiti adalah sukar, jadi kami telah membangunkan tiga interpretasi Defender yang berbeza untuk mencerminkan kekuatannya dan kelebaran karektornya,” kata Nick Rogers. “Samada pelanggan mahu menyambut warisan Land Rover off-road yang tiada tandinganya, menuntut rekaan tema dan prestasi yang unggul atau mahukan cabaran, edisi terhad Defender boleh memenuhi kesemuanya.”

land-rover-defender-Special_3

Edisi autobiografi yang eksklusif ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat, kemewahan dan keselesaan dari yang terdahulu, terima kasih kepada senarai peralatannya yang komprehensif, cat duo-tone yuang unik, upholsteri kulit sepenuhnya dan naik taraf kuasa dari 122PS kepada 150PS.  Cirinya yang eksklusif adalah standard kerana hanya 80 buah Edisi Autobiografi Defender terdapat di UK.  Ianya akan dikeluarkan eksklusif sebagai 90 Station Wagon dan berharga dari £61,845.

land-rover-defender-Special_4

Edisi warisan ini diinspirasikan dari model Land Rover yang awal dan dicampur dengan rekaan nostalgia dan keselesaan moden.  Ianya akan diidentifikasikan oleh cat Grasmere Green dan bumbung putih.  Menggunakan gril dan grafik HUE 166, warisan dari plat pendaftaran pertama pre-produksi Land Rover dengan nama ‘Huey’, adalah indentiti model yang diwarisi.  Ianya akan dipamerkan di bilik pameran bermula dari bulan Ogos dengan pengeluaran terhad 400 buah di UK.  Harga dari  £27,800.

land-rover-defender-Special_5

Edisi Adventure baharu yang menarik dihasilkan untuk pelanggan Land Rover yang gemarkan pengembaraan dan membawa Defender ke mana saja.  Ianya datang dengan perlindungan badan dan tayar Goodyear MT/R untuk menaikkan lagi Defender sebagai rangkaian yang mendahului kelasnya.

land-rover-defender-Special_6

Pelekat unik dan kabin yang dihiasi kulit memastikan Edisi Adventure lebih terserlah dari varian Defender yang lain. Sejumlah 600 buah Edisi Adventure boleh didapati di UK sahaja dan berharga £43,495 untuk semua versi.

land-rover-defender-Special_7

Model terhad ini tidak akan sampai ke Malaysia, tetapu sudah pasti akan ramai lagi pemilik Defender yang bersungguh-sungguh untuk mengubah semula Defender mereka dengan aksesori dan cat mengikut edisi terhad ini.

land-rover-defender-Special_9

Previous post

Porsche Melancarkan 2 Model @ Detroit Auto Show

Next post

Giliran Suzuki Malaysia Pula Menghulur Bantuan Kepada Pemilik Kereta Suzuki Yang Dilanda Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *