Cerita Auto

Projek 2015 Aprilia MotoGP Dan Gresini Racing Berjalan Dengan Lancar

Kerja tiga hari untuk pemandu dan tim di litar menandakan buat kali kedua kerjasama projek antara Gresini Racing dan Aprilia MotoGP. Selepas ujian Valencia sebulan yang lalu, Alvaro Bautista dan Marco Melandri kembali dengan motor Aprilia MotoGP membuat persediaan untuk musim 2015.  Sekali lagi, cuaca buruk mengganggu progres jadual ujian dengan hujan yang turun tanpa henti dan litar basah.

Walaupun diganggu oleh keadaan cuaca buruk, motor Aprilia dapat mengikuti jadual pembangunan dengan teratur.

Di Jerez, penunggang Aprilia mampu menyesuaikan diri dengan V4 powerplant baharu untuk pertama kali, enjin yang dicirikan oleh injap pneumatic.  Enjin ini menjaminkan tahap kuasa yang tinggi dari versi pertama dengan injap konvensional, telah diperkenalkan pada hari Rabu kerana kerja-kerja yang dibuat pada hari Selasa tertumpu pada fine tuning elektronik dan set up untuk versi lama.

131 pusingan yang dilakukan oleh Alvaro Bautista dalam ‘tiga hari’ telah direkodkan dengan masa terbaiknya 1’40.6, manakala Melandri melakukan 123 pusingan, mencatatkan masa terbaiknya 1’41.5.

Masih panjang perjalanan untuk membangun kehadapan, tetapi hasil yang didapati melalui ujian yang diadakan di litar Andalusia membuatkan semua tim Aprilia berpuas hati dan merasa positif apabila mereka berhenti untuk musim sejuk. Ujian akan bersambung pada 4 Febuari dengan musim resmi di Malaysia di litar Sepang.

Aprilia-MotoGP-Project2

ALVARO BAUTISTA

“Kami boleh berpuas hati dengan hasilnya, walaupun cuaca buruk memperlahankan kerja-kerja kami.  Pada hari pertama, saya menggunakan motor dalam konfigurasi yang sama seperti ujian baru-baru ini di Valencia.  Kami menumpukan pada set up chassis, mencari beberapa penyelesaian yang saya suka dan membolehkan kami mengenali motor itu dengan lebih terperinci.  Pada hari kedua, saya dapat menggunakan enjin berinjap pneumatik baharu.  Ianya menghasilkan kuasa yang tinggi tetapi masih banyak lagi yang perlu dibuat dari segi pengedarannya.  Hari ini kami membuat beberapa pusingan atas trek yang basah dan ini sangat berguna bagi kami menilai karekteristik enjin baharu itu dalam keadaan begini. Kini kami akan mula berehat untuk musim sejuk.  Saya akan ambil masa ini untuk berehat untuk mengumpul tenaga semula setelah menjalani musim yang panjang dan selepas ini saya akan menyambung semula latihan sebagai persediaan menhadapi ujian dalam bulan Febuari.  Dalam masa yang sama, saya pasti akan melawat Aprilia untuk melihat sendiri kerja keras jurutera secara dekat ke atas motor itu. 

MARCO MELANDRI

“Ianya merupakan tiga hari yang sangat menarik dan juga mencabar.  Pusingan demi pusingan yang dilakukan membolehkan saya memikirkan lebih apa yang perlu ditingkatkan dan apa yang saya perlu untuk berasa lebih selesa.  Saya masih berperasaan  swasadar.  Saya rasa kami perlu melakukan labi beberapa kilometre untuk mencari naluri yang betul.  Enjin baharu ini ada beberapa masalah, dan ini adalah biasa di peringkat ini, tetapi kami telah pun nampak perkara positif dan pada bahagian mana kami perlu tumpukan untuk menaiktarafkannya.  Kami ada masa panjang yang boleh digunakan untuk pembangunan untuk kami bersedia pada ujian di Sepang nanti.  Semua dari kami telah bekerja keras dan kami sangat bersemangat.  Ini adalah suasana yang memberikan kami harapan tinggi”.

 

 

Previous post

Honda Malaysia Pula Tawar 50% Diskaun Pembaikan Kepada Kereta Pelanggannya Yang Rosak Akibat Banjir

Next post

Mazda Menghantar 3 Juta Mazda6 Secara Global.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *