Cerita Auto

Mazda Menghantar 3 Juta Mazda6 Secara Global.

Pencapaian angka 3juta bagi penghantaran kereta telah dicapai dalam tempoh lebih kurang 12 tahun dan sembilan bulan selepas produksi generasi pertama Mazda6 bermula pada Februari 2002 di Jepun.  Berikutan dengan Mazda3, Mazda6 mempunyai masa kedua terpantas untuk mencecah 3 juta produksi.

mazda_6_2002

Sejak dari generasi pertama, siri Mazda6 tetap setia kepada matlamat asal iaitu menawarkan keseronokan memandu, dan bersama-sama dengan mesej jenama Mazda Zoom-Zoom telah memacu barisan rangkaian produk Mazda sejak diperkenalkan.

mazda_6_2005

Terkini, generasi ketiga dan model kedua akan menyertai barisan rangkaian generasi baharu Mazda iaitu Mazda6 yang menggunapakai sepenuhnya rangkaian teknologi SKYACTIV dan tema rekaan KODO-Soul of Motion, yang telah dilancarkan di Afrika Selatan.  Model yang telah direka semula sepenuhnya telah menerima pujian tertinggi di pasaran dunia.  Termasuk menerima Researchers’ and Journalists’ Conference Car of the Year 2014 di Jepun dan dicalonkan sebagai finalis untuk Rekaan Kereta Dunia 2013, ia telah menerima lebih dari 40 anugerah di seluruh dunia. *2

mazda_6_2004

Untuk melangkah ke hadapan, Mazda akan terus membangunkan produk yang menawarkan semua pelanggan keseronokan pemanduan dan prestasi alam sekitar dan keselamatan yang amat membanggakan, dengan tujuan memperkayakan kehidupan manusia dan menjadi jenama yang membina satu ikatan khas dengan pelanggannya.

mazda_6_2007

*1 generasi pertama: 1,945,850 unit; generasi kedua: 718,882 unit; generasi ketiga: 335,773 unit.

Jumlah: 3,000,505 unit

*2 pada akhir bulan Oktober 2014, berdasarkan pada data Mazda.

** SKYACTIV adalah istilah naungan untuk pelbagai rangkaian Mazda teknologi generasi akan datang – termasuk enjin petrol dan diesel, transmisi, badan dan casis – dibangunkan di bawah visi Zoom-Zoom Mazda yang mampan untuk menyediakan kedua-duanya iaitu keseronokan memandu danprestasi alam sekitar dan keselamatan yang amat membanggakan.

 

Previous post

Projek 2015 Aprilia MotoGP Dan Gresini Racing Berjalan Dengan Lancar

Next post

Juara Pengembaraan Isuzu V-Cross Diumumkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *