Gaya Hidup

Honda Malaysia Pula Tawar 50% Diskaun Pembaikan Kepada Kereta Pelanggannya Yang Rosak Akibat Banjir

Honda Malaysia telah melancarkan Program Bantuan Banjir bagi membantu pelanggan Honda yang keretanya rosak akibat banjir.  Honda Malaysia menyediakan diskaun 50% bagi alat ganti asli yanh terkesan akibat banjir dengan serta merta dan akan berjalan sehingga 31 Mac 2015.  Usaha ini adalah untuk membantu pelanggan Honda yang terkesan akibat banjir besar yang berlaku yang telah melanda 9 negeri di Malaysia.

Pelanggan dinasihatkan untuk membawa sekali laporan polis ke atas kereta mereka yang rosak dan cover note insuran ke pengedar Honda di kawasan yang terjejas supaya kereta mereka yang rosak boleh dinilai pembaikannya sebaik saja situasi banjir mulai surut.   Honda Malaysia prihatin kepada mereka yang terjejas akibat banjir dan program ini hanyalah usaha kecil mereka untuk membantu pelanggan mereka dan meringankan beban mereka untuk membaiki kereta mereka yang rosak.

Pelanggan boleh menghubungi nombor Honda Toll Free di 1-800-88-2020 untuk maklumat lanjut berkenaan Program Bantuan Banjir.

Previous post

Pemilik Kereta PROTON Ditawarkan Bantuan Untuk Membaiki Kereta Yang Rosak Akibat Banjir

Next post

Projek 2015 Aprilia MotoGP Dan Gresini Racing Berjalan Dengan Lancar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *