Gaya Hidup

Program Bantuan Banjir Mitsubishi Motors

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan Program Bantuan Banjir untuk semua pemilik kenderaan Mitsubishi yang rosak akibat bencana banjir yang melanda ketika ini.  MMM akan menawarkan diskaun 50% dari harga alat ganti asal bermula dari hari ini hingga 31 Januari 2015 untuk kenderaan yang rosak akibat banjir.  Kelayakan untuk mendapatkan diskaun tertakluk kepada pengesahan dari MMM untuk memastikan kesahihan setiap kes. Juga, hanya kenderaan yang membuat pembelian dari peniaga yang disahkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia saja yang layak untuk menerima diskaun khas ini.

Sebagai tambahan, MMM bersama peniaga sah berikrar untuk memberikan RM50 untuk setiap kenderaan Mitsubishi yang berdaftar pada bulan Disember 2014.  Buat masa ini, sejumlah RM81,000 telah berjaya dikumpulkan.  Dana ini akan digunakan untuk menambah semula barang-barang keperluan seperti barang barang sekolah dan rumah.

MMM juga akan mengadakan program pembersihan di kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir seperti Kuala Krai dan Tanah Merah di Kelantan, dan juga Temerloh, Pahang untuk membantu mangsa banjir dari hari ini hingga 10 Januari 2015.  Triton Tuners Club (TTC), kelab resmi pemilik Mitsubishi Triton di Malaysia juga menyokong inisiatif ini.

Pelanggan yang kenderaan mereka rosak akibat banjir boleh pergi ke peniaga sah Mitsubishi Motors atau hubungi Careline Pelanggan kami di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9.00am-5.00pm) untuk dapatkan bantuan secepat mungkin.  Untuk mendapatkan senarai pussat khidmat MMM boleh lawati: www.mitsubishi-motors.com.my

Previous post

Bantuan Tambahan Untuk Pemilik Kereta Proton Yang Terjejas Akibat Banjir

Next post

Naza World Cares Sumbang Bantuan Dan Tenaga Inisiatif Bantuan Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *