Gaya Hidup

Bantuan Tambahan Untuk Pemilik Kereta Proton Yang Terjejas Akibat Banjir

PROTON Holdings Berhad (PROTON) kelmarin ingin memaklumkan kepada
pelanggannya bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) telah
menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran ansuran sehingga enam bulan bagi pinjaman untuk pelanggan
kereta Proton yang terjejas akibat banjir. Ketiga-tiga institusi perbankan itu juga turut mengecualikan caj-caj tertentu
berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk tempoh sekali sahaja.
Makluman ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Muamalat, AmBank dan Maybank barubaru
ini.
Berikutan tawaran moratorium berkenaan, pemilik kereta Proton serta keluarga yang terjejas kini boleh menarik
nafas lega kerana dapat memberi tumpuan khusus satu persatu bagi tujuan membaik pulih semula kediaman yang
rosak selepas banjir. Sehubungan itu, pelanggan yang terjejas perlu terus menghubungi bank masing-masing dan
menghantar permintaan mereka secepat mungkin supaya bank-bank berkenaan dapat dimaklumkan mengenai
keadaan mereka dan tidak mengenakan apa-apa penalti jika terdapat sebarang pembayaran lewat.
Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON mengalu-alukan usaha tambahan yang dibuat
institusi perbankan berkenaan kerana ia dilihat dapat membantu mengurangkan lagi penderitaan pelanggan
PROTON yang terjejas akibat banjir.
“Selaras dengan Program Bantuan Banjir PROTON, syarikat juga ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan
kepada pemilik kereta Proton yang mempunyai pinjaman kereta dengan ketiga-tiga bank berkenaan untuk
menghubungi bank masing-masing dengan kadar segera kerana ini akan membantu mengurangkan sedikit bebanan
yang ditanggung mereka buat sementara waktu ini,” kata Dato’ Harith.
“Langkah yang dilaksanakan oleh bank-bank ini turut memberikan syarikat asas terbaik bagi memulakan
perbincangan dengan institusi perbankan lain untuk melihat sama ada mereka juga mampu menghulurkan bantuan
yang sama kepada semua pemilik kereta Proton yang terjejas. Justeru, syarikat akan memaklumkan perkembangan
terkini mengenai perkara ini apabila memperoleh persetujuan daripada bank-bank yang lain,” tambah Dato’ Harith.
Dalam pada itu, pasukan sukarelawan PROTON yang membabitkan kakitangan dari Ibu Pejabat dan cawangan di
Pantai Timur telah turun padang buat kali ke-2 dalam misi bantuan banjir yang digerakkan menerusi inisiatif syarikat
induknya, DRB-HICOM Berhad. Dilaksanakan dari 7 hingga 9 Januari 2015, misi ini akan membantu membersihkan sekolah di Tanah Merah, Kelantan serta menghulurkan barangan keperluan di Temerloh, Pahang.

Maklumat lanjut mengenai misi bantuan banjir ini boleh didapati menerusi laman facebook PROTON Holdings Berhad di
https://www.facebook.com/ProtonCars.

10929077_865276603495826_5956895503147207398_n

Previous post

Toyota Vios Diperbaharui Bagi Tahun 2015

Next post

Program Bantuan Banjir Mitsubishi Motors

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *