Cerita Auto

Myvi Baharu Dari Perodua Berharga Dari RM41,500 Dengan Lebih Banyak Ciri-ciri Hebat

Perodua melancarkan model Myvi terbaru, menggantikan barisan model Myvi yang ada dengan pakej ciri-ciri yang lebih baik dan nilai hebat untuk pelanggannya.  Pembaharuan yang ada pada model Myvi baharu ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang dinaiktaraf, gaya lebih hebat dan harga yang berpatutan.

“Rangkaian Myvi diterima baik di pasaran dan setakat ini menjana penjualan total lebih 800,000 unit, menjadikannya model Perodua paling popular hingga kini,” kata Presiden Perodua dan CEO, Datuk Aminar Rashid Salleh.  Ciri-ciri keselamatan Perodua Myvi baharu kini diperbaharui dengan rating 4 bintang oleh ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme for Southeast Asia), di mana kami telah memperbaharui struktur kenderaan untuk lebih tahan dengan impak hadapan dengan standard global.

Pembaharuan pada Myvi baharu termasuk sensor sisi depan yang boleh diaktifkan oleh pemandu bila diperlukan.

“Ciri ini akan membantu pemandu apabila membuat selekoh sukar apabila memparkir.  Sebagai tambahan, ciri ini boleh dinyahaktif semasa memandu atau semasa kesesakan lalu lintas untuk tidak memberikan ketidakselesaan  kepada pemandu,” kata Aminar.

Perodua-EMY_6238

Aminar berkata Myvi baharu ini juga menampilkan cangkuk anti-ragut pada tempat duduk depan dan pemegang cawan yang boleh ditarik untuk kemudahan simpanan.

“Kami juga telah mengemaskini sistem multimedia kami untuk memasukkan kamera reverse untuk varian terpilih,” kata Aminar.

“Pembaharuan ini dibuat selepas kajian terperinci tentang bagaiaman kami boleh memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan dari kajian ini kami dapat meningkatkan tawaran nilai pada RM4,500 – melalui keduanya iaitu ciri-ciri tambahan dan penurunan harga,” katanya lagi.

Tambah Aminar lagi pembaharuan ini adalah sebahagian dari usaha berterusan pembikin kereta kompak dan juga vendor untuk menurunkan kos dan memindahkan sebahagian dari penjimatan itu kepada pelanggan.

“Sebagai penambahan citarasa kepada Myvi baharu, kami menampilkan 2 warna metalik baru, iaitu Electric Blue (SE dan varian yang naiktaraf) dan Cosmic Gold (Standard G dan varian Premium X) bersama warna kegemaran Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White (Solid),” kata Aminar.  “ Kami mensasarkan penjualan 6,000 unit Myvi baharu ini dalam tempoh sebulan,” tambah beliau lagi.

Terdapat 3 segmen Myvi baharu yang terdiri dari 4 varian.  Segmen pertama adalah untuk kategori 1.3 liter, datang dengan Standard G (MT/AT) dan varian baharu – Premium X (AT sahaja).  Segmen kedua adalah dalam kategori 1.5 liter, yang termasuk Myvi SE 1.5 (MT/AT) dan Versi Advanced Myvi (AT sahaja)

Harga Myvi baharu ini di antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia.

Perodua-EMY_6356

Previous post

‘Advanced Start-Stop’ Dari Johnson Controls

Next post

BMW Siri 1 Baharu Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *