Gaya Hidup

‘Advanced Start-Stop’ Dari Johnson Controls

Johnson Controls, sebuah syarikat Global multi-industrial sedang mengembangkan tawaran bateri automotif dengan memperkenalkan bateri Lithium Titanate.  Teknologi 12-volt yang terkini dari syarikat ini adalah satu kerjasama dengan Toshiba yang akan memberi kuasa kepada kenderaan Advanced Start-Stop.

“Johnson Controls sedang menjalankan peluang untuk membanunkan sistem evolusi penyimpanan tenaga rendah voltage yang akan membantu pelanggan memenuhi peraturan bahan api yag meningkat pada kos yang rendah dari kenderaan hybrid atau elektrik,” kata Lisa Bahash, Timbalan Presiden Kumpulan dan Pengarah Urusan Original Equipment, Johnson Controls Power Solutions. “Melalui kerjasama dengan Toshiba, kami akan mengembangkan produk Lithium-ion kami untuk membantu memenuhi keperluan pelanggan kami secara global.”

Lithium Titanate akan berkesan pada pengecasan semula yang pantas, berfungsi dengan baik dalam rangkaian luas suhu dan mudah berintergrasi dalam kenderaan yang mempunyai sistem elektrik 12-volt.  Toshiba, dengan teknologi SCiB™, adalah peneraju dalam pasaran Lithium Titanate.

“Toshiba berbesar hati untuk bekerjasam dengan Johnson Controls untuk membekalkan sel SCiB™untuk aplikasi ini,” kata Shun Egusa, Pengarah Urusan Perniagaan automotif Toshiba.  “ Peluang untuk membantu pembikin automotif secara global dengan matlamat untuk menaiktaraf kecekapan kenderaan adalah bahagian penting dalam visi an strategi kami.”

Sistem Advanced Start –Stop mempunyai dua bateri.  12-volt Absorbent Glass Mat (AGM) atau Enhanced Flooded Battery (EFB), yang akan menghidupkan enjin dan membekalan kuasa kepada aksesori seperti lampu, sistem navigasi dan radio.  12-Volt Lithium Titanate akan menerima dan menyimpan tenaga brek regenerative semasa nyahpecutan kenderaan, bagi membolehkan kuasa yang lebih hebat dan memasukkan keupayaan pengurusan.

“Dengan sistem Advanced Start-Stop ini, pemandu boleh menjimatkan hingga 8 persen setiap kali mereka mengisi minyak kerana bateri tersebut membolehkan enjin menutup lebih kerap dan untuk jangka masa yang panjang,” kata Bahash. “ Ini juga adalah satu solusi yang hebat untuk pelanggan kami kerana teknologi ini membolehkan penjimatan bahan api yang hebat tanpa perubahan besar terhadap rangkaian kuasa yang sedia ada dan sistem elektrik.”

Sistem bateri 12-volt akan dihasilkan bermula tahun 2018.

Johnson-System

 

Previous post

Giliran Suzuki Malaysia Pula Menghulur Bantuan Kepada Pemilik Kereta Suzuki Yang Dilanda Banjir

Next post

Myvi Baharu Dari Perodua Berharga Dari RM41,500 Dengan Lebih Banyak Ciri-ciri Hebat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *