Cerita Auto

BMW Siri 1 Baharu Diperkenalkan

Rasanya baru semalam kita menyaksikan pelancaran siri BMW 1 baharu, dan model yang diperbaharui ini sudah menembusi seluruh dunia.  Dengan hampir 2 juta unit telah dijual seluruh dunia dekad lalu, siri 1 dilihat sebagai kemasukan tahap sederhana BMW, dengan teknologi German sepenuhnya dan kejuruteraan yang diharapkan.

BMW-1-Series-2

Digayakan untuk generasi terkini, Siri 1 ini sentiasa menjadi dan adakalanya tidak, dan ubahsuai baharu ini memberikan gaya Siri 1 lebih sebaris dengan rangkaian lain. Bahagian depan mempunyai lampu depan yang kurang sudut dan depannya tidak terlalu leper seperti sebelumnya (lebih kurang seperti Siri 5 dari Siri 3).  Air intakes pada bahagian depan juga lebih besar, lebih kepada gaya M-Sport dan M car-esque, tetapi standard dalam rangkaiannya.

BMW-1-Series-5

Bahagian belakang diberikan pembaharuan sepenuhnya: lampu belakang sebelumnya lebih kepada Volkswagen Polo, tetapi kini lampu ini sama seperti BMW X1 dengan sisi hingga ke hac belakang.

Seperti biasa, enjinnya menerima perubahan kecil dengan jenama baharu rangkaian kuasa yang tidak akan diimport ke Malaysia.  Ruang dalaman juga menerima perubahan tidak ketara, tetapi sebagai siri yang diubah suai sudah tentulah tidak boleh mengharap modifikasi dalam satu hari.

BMW-1-Series-3-600x400

 

Previous post

Myvi Baharu Dari Perodua Berharga Dari RM41,500 Dengan Lebih Banyak Ciri-ciri Hebat

Next post

Volkswagen Malaysia Tawar Konsesi Untuk Pelanggan Yang Terkesan Akibat Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *