Gaya Hidup

Kereta, MPV, SUV & Motorsikal Antara Mangsa Banjir

Hujan yang turun setiap hari beberapa minggu lalu dengan kenaikan air telah meranapkan rumah dan perniagaan di negeri negeri di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.  Banjir besar yang berlaku ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada pemilik.  Yang kurang mendapat publisiti akibat bencana banjir ini adalah jumlah kerosakkan kereta, van, MPV, SUV dan trak akibat banjir.

Kereta yang rosak akibat banjir selalunya diklasifikasikan sebagai kerugian total oleh syarikat insurans dan terpaksa dibuang saja.  Ada juga kereta yang rosak akibat banjir sampai di lot menjual kereta terpakai dan dijual pada pembeli yang tidak tau menahu.

Pada pembeli, berhati-hatilah: Bukan semua penjual berterus terang tentang ada kereta yang ditawarkan adalah kereta yang rosak akibat banjir tetapi masih nampak elok dan ini boleh mendatangkan masalah dibelakang hari di mana anda terpaksa membelanjakan kos yang banyak.  Walaupun kereta itu nampak elok dan berjalan lancar, masalah mahal akan timbul kemudian hari apabila kakisan yang berterusan dalam komponen yang kritikal.  Kos penyelenggaraan kereta yang rosak akibat banjir lebih tinggi dalam jangka masa panjang.  Kenderaan ini lebih merbahaya untuk dipandu dan mungkin boleh membawa maut.

Malangnya kenderaan seperti ini sukar untuk dikenalpasti sekiranya kerja-kerja pembaikannya dilakukan oleh professional, tetapi tahu tentang tanda-tandanya boleh membantu.  Kami berkongsi dengan anda bagaimana dan apa yang perlu anda tahu untuk kenalpasti kenderaan yang rosak akibat banjir.

Previous post

Juara Pengembaraan Isuzu V-Cross Diumumkan

Next post

10 Tip Bagaimana Untuk Kenal Pasti Kenderaan Rosak Akibat Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *