Gaya Hidup

10 Tip Bagaimana Untuk Kenal Pasti Kenderaan Rosak Akibat Banjir

Ini adalah 10 cara untuk mengenalpasti kereta terpakai yang anda cari bukan dari kenderaan yang pernah rosak akibat banjir:

  1. Cara paling cepat untuk periksa samada kereta itu pernah rosak akibat banjir adalah dengan menghidu ruang dalam kabin.  Adalah sukar untuk membuang sepenuhnya bau dari aroma berkulat dalam kereta kesan dari banjir, dan pembentukan kulat adalah tanda pasti kereta itu telah terdedah oleh air yang banyak.  Bau yang kurang menyenangkan ini adalah bukti yang boleh membantu pembeli.
  2. Jika anda membau kulat ini, anda mungkin sedang melihat kereta yang rosak akibat banjir.  Jika anda kurang pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk didalam, dan bau betul-betul terutamanya pada bahagian penghawa dingin dan bawah karpet.
  3. Juga, berhati-hati bila kereta itu berbau wangi dari penyembur udara kerana ia mungkin tanda penjual mahu menutup bau yang kurang enak dari kereta itu.
  4. Selain dari deria bau anda, deria sentuhan juga penting untuk memeriksa kelembapan dalam kereta terpakai.  Air dari banjir mungkin terperangkap di bawah tempat duduk atau belakang dashboard dimana penjual mungkin tidak perasan.
  5. Periksa karpet sekiranya ada kelembapan.  Dan kalu boleh balikkan karpet dan cuba rasa samada antara karpet dan badan kereta ada kelembapan.  Anda juga boleh melihat tanda kerosakkan air yang lain, seperti karat apabila melihat bawah karpet.
  6. Pastikan anda bukan but kereta dan periksa bawah karpet juga.  Kemudian, keluarkan tayar ganti dari tempatnya dan periksa bawahnya.  Ini adalah lokasi dimana air senang terperangkap dan ini mungkin terlepas pandang oleh mereka yang membaikpulihnya.
  7. Kakisan adalah kesan yang biasa dalam kereta yang rosak akibat banjir. Kerosakan yang anda lihat hari ini bukan satu-satunya cabang karat: Kakisan terus memakan material selepas beberapa lama kereta yang telah kering di bawah matahari terik itu.
  8. Karat dan kakisan selalunya boleh dilihat.  Cari tanda kakisan pada besi dalam dan luar kereta. Jika anda nampak karat pada skru, engsel pintu, hood spring, selak but atau braket dibawah dashboard, contohnya, anda akan tahu besi itu telah terkena air dengan banyaknya.
  9. Untuk memeriksa dengan lebih teliti, buka pintu dan tengok dimana pintu bertemu badan kereta.  Kakisan selalu berlaku di sisi.  Jadi, periksa keempat-empat pintu termasuk bawah, luar dan dalam.
  10. Akhir sekali, gunakan cermin dan tengok bawah tempat duduk untuk melihat sekiranya pelari kerusi dan base berkarat.  Guna cermin sekali lagi untuk periksa bahagian bawah kereta samada ada serpihan, besi yang telah dimakan atau tanda kakisan lain.

 

Previous post

Kereta, MPV, SUV & Motorsikal Antara Mangsa Banjir

Next post

Kini Pula Bantuan Kepada Pemilik Kenderaan Mangsa Banjir Toyota Dan Lexus. Sepanjang Tahun.

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *